web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


BN Bergerak Solo, Guna Logo Sendiri

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Nov 2021 11:58AM

Mohamad Hasan (kiri) mengumumkan yang BN menampilkan 28 calon, iaitu masing-masing 20 daripada UMNO, MCA (7) dan MIC (1). - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti dan memutuskan untuk bergerak bersendirian pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang bakal diadakan 20 November ini.

Pengarah Pilihan Raya BN, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata parti itu juga akan menggunakan logo sendiri sepanjang pilihan raya berkenaan.

“BN akan pergi (bertanding) bersendirian dan tak akan bersama mana-mana parti pada PRN ini.

“Kita guna logo sendiri mewakili masyarakat berbilang kaum di negara ini. Jadi tidak ada soal jawab lagi sama ada BN nak bersama siapa-siapa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Pengarah Pilihan Raya Negeri Melaka 2021 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, hari ini.

Mengumumkan mengenai agihan kerusi dan pemilihan calon PRN Melaka, Mohamad berkata, BN menampilkan 28 calon, iaitu masing-masing 20 daripada UMNO, MCA (7) dan MIC (1).

Katanya, daripada 28 kerusi itu, seramai 86 peratus atau 24 calon adalah muka baharu, manakala empat lagi terdiri daripada  penyandang kerusi.

“BN turut tampilkan 28 peratus calon berumur 45 tahun ke bawah dengan lima calon perempuan, iaitu empat daripada UMNO dan 1 MCA,” katanya.

Mohamad berkata, keputusan dibuat menerusi hasil perbincangan dan persetujuan semua parti komponen BN itu, menyaksikan calon dipilih terdiri daripada pelbagai profesion, termasuk doktor, peguam serta jurutera.

“Kita (BN) harap pemilihan majoriti calon muka baharu dan membabitkan pelbagai latar belakang profesion ini memberi keyakinan kepada rakyat untuk memilih BN sebagai sebuah parti yang komited,” katanya.

PRN Melaka diadakan selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri berkenaan mengumumkan hilang kepercayaan dan menarik semula sokongan kepada kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali sehingga menyebabkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan.

Keempat-empat mereka terdiri daripada ADUN Barisan Nasional (BN) di Sungai Undang yang juga bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron; ADUN Pantai Kundor (BN), Datuk Nor Azman Hassan; ADUN Pengkalan Batu (BEBAS), Datuk Norhizam Hassan Baktee dan ADUN Telok Mas (BERSATU), Datuk Noor Effandi Ahmad. - Getaran, 6 November 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

YB Awie Ikrar Berkhidmat Tanpa Kira Warna Politik

2

Politik 1 tahun yang lalu

Peluang PN Cerah Di PRK Nenggiri - Penganalisis

3

Semasa 1 tahun yang lalu

SPM Ulangan 2024 Rekod 8,195 Calon

4

Politik 1 tahun yang lalu

Kesepakatan BN, PH Bolehkan Jentera Parti PRK Sungai Bakap Berjalan Lancar

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

Semasa 1 hari yang lalu

Hilang Hampir Seminggu, Lelaki OKU Ditemukan Maut

Semasa 21 jam yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC