web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tiada Jaminan PAS Menang PRN Melaka - Penganalisis

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Nov 2021 5:52PM

PRN Melaka dijadualkan pada 20 September ini selepas 4 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menarik sokongan kepada kerajaan Negeri Melaka di bawah pentadbiran Ketua Menterinya, Datuk Seri Sulaiman Md Ali. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiada jaminan untuk PAS menang di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, sekiranya parti itu memilih untuk menggunakan logo sendiri, kata penganalisis politik Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi.

Menurut beliau, PAS kebelakangan ini bukan sebuah parti yang sangat menonjol dan tidak mempunyai kelebihan undi berbanding PKR, DAP dan AMANAH.

“Kalau dibandingkan dengan parti Gerakan dan BERSATU dalam konteks Perikatan Nasional (PN), memang PAS lebih ke hadapan dalam aspek jumlah penyokong dan pengundi.

“Namun ia tidak bermakna PAS boleh menang dalam PRN Melaka. Jadi maknanya, sama ada PAS menggunakan logo sendiri atau PN dalam PRN Melaka, tidak ada jaminan untuk mereka menang kali ini,” katanya kepada Getaran.

Dr Awang Azman Awang Pawi
Dr Awang Azman Awang Pawi

Terdahulu, Dr Awang berkata, saingan sebenar PRN Melaka adalah di antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Dalam perkembangan lain, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memaklumkan, PAS membuat keputusan untuk menggunakan lambang PN pada PRN Melaka.

Jelas Hadi, penggunaan lambang itu dimuktamadkan pada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, hari ini.

Katanya lagi, ketetapan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan Majlis Syura Ulama PAS yang bersidang semalam.

Pada 29 Oktober lalu, Timbalan Presiden parti berkenaan, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mencadangkan agar PN dan BN menggunakan logo PAS dalam PRN Melaka 20 November nanti.

Katanya, jika semua parti bersetuju untuk bekerjasama dengan PAS, adalah lebih baik mereka menggunakan satu logo sahaja iaitu logo PAS. - Getaran, 2 November 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Nahas Di Lebuhraya AMJ: Bayi Lelaki Terpelanting Keluar Disahkan Selamat

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Mayat Balut Dengan Tilam: Konflik Akibat Dadah Punca Pembunuhan - Polis

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Bau Busuk Dedah Penemuan Ngeri, Mayat Repus Dijumpai Dibalut Dalam Tilam 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Berang Dihalang Jumpa Teman Lelaki, Remaja Bawah Pengaruh Vape ‘Mushroom’ Kelar Leher Dan Tangan

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Hilang Hampir Seminggu, Lelaki OKU Ditemukan Maut

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

Semasa 5 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

oleh Sophia Ahmad