web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jangan Jadikan PRN Melaka Pisang Berbuah 2 Kali Buat PH - Rafizi

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Nov 2021 3:47PM

Rafizi menegaskan, tindakan terbabit diambil kerana tidak mahu segala keputusan PH menjadi kacau-bilau dengan adanya parti itu sebagai rakan baharu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - AMANAH dan DAP perlu dipersalahkan kerana bertegas mahukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menjadi sebahagian anggota gabungan Pakatan Harapan (PH) pada 2016.

Gesaan itu disuarakan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang berkata, beliau bersama sahabat yang mewakili partinya dalam Majlis Presiden PH (MPPH) hanya mahu BERSATU diterima sebagai sekutu pilihan raya, bukan anggota PH.

Beliau menegaskan, tindakan terbabit diambil kerana tidak mahu segala keputusan PH menjadi kacau-bilau dengan adanya parti itu sebagai rakan baharu.

“Yang berkeras mahukan BERSATU sebagai anggota PH adalah pimpinan Amanah dan DAP dengan alasan PKR tidak kuat dan berpecah.

“Perangai (Datuk Seri Mohamed) Azmin (Ali) dijadikan alasan PH perlukan pimpinan baru dari BERSATU kerana kononnya kami tidak kuat untuk mendisiplinkan Azmin yang mahu bersama-sama PAS,” katanya hari ini.

Lebih menjengkelkan, Rafizi menjelaskan PKR pernah diberi amaran untuk tidak lagi bersama PH disebabkan AMANAH dan DAP sudah membuat keputusan bagi menerima BERSATU.

Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Pandan berkata, mereka akhirnya terpaksa bersetuju dengan syarat-syarat perjanjian yang sungguh ketat demi mengekalkan PH.

 “Itulah latar belakang kacau-bilau. Perjanjian ke laut, strategi ‘lonjakan yang dibawa BERSATU’ juga ke laut sebab parti itu melonjak katak. Sekarang alasan yang sama digunakan pimpinan AMANAH, konon (Datuk Seri) Idris Haron dan lain-lain akan bawa lonjakan di Melaka.

“Masalahnya, mereka berkokok dalam mesyuarat PH kerana dalam PH, parti besar mana pun bila menjadi anggota ada undi yang sama. Namun, di luar mereka senyap kerana sudah jadi amalan yang akan kena hentam PKR yang selalu kena jawab di luar,” katanya.

Justeru, beliau berkata, sudah tiba masanya Presiden AMANAH cuba meyakinkan pendukung PH dengan alasan kononnya kemasukan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang melompat parti itu akan memberi lonjakan, sekali gus memenangkan PH di Melaka.

“Ini hujah kuat berdegar-degar dalam mesyuarat PH, tapi tidak cukup berdegar-degar di luar.

“Kalau saya, kena sekali cukuplah. Sampai mati saya takkan lupa pengajaran itu sebab kalau kena dua tiga kali atas kesilapan sama, namanya ‘kurang cerdik’,” kata beliau.

Empat ‘katak’ yang dimaksudkan Rafizi ialah bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), ADUN BN Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan, ADUN Bebas Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee dan Adun BERSATU Telok Mas, Datuk Noor. - Getaran, 1 November 2021.

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kertas Siasatan Libatkan Azam Baki Diserah Kepada AGC

oleh Sophia Ahmad