web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerjasama UMNO - PAS Perkukuh Jentera MN

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Oct 2021 7:50PM

Ab Rauf Yusoh (tengah) - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR GAJAH - Kerjasama antara UMNO dan PAS dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) dijangka memperkukuhkan lagi jentera Muafakat Nasional (MN).

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, walaupun keputusan itu sudah diputuskan dalam Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO semalam, pihaknya menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti itu untuk membuat keputusan.

Menurut beliau, keputusan tersebut amat ditunggu-tunggu oleh pemimpin serta ahli akar umbi kedua-dua parti dalam usaha memperkukuhkan kerjasama.

"Saya melihat keputusan yang dibuat oleh MKT kepada PAS adalah satu tawaran yang memberi kebaikan kepada semua.

"Kini terserah kepada PAS untuk menerimanya atau tidak. Saya juga melihat penerimaan akar umbi sejak malam tadi hingga hari ini agak baik selepas menunggu sekian lama," katanya.

Sementara itu, Rauf turut mengesahkan, ada menghubungi pemimpin PAS Melaka berhubung keputusan kerjasama itu.

"Saya ada menghubungi beberapa pimpinan PAS Melaka dan mereka mengalu-ngalukan keputusan berkenaan," katanya.

Semalam, MKT UMNO membuat keputusan untuk bekerjasama dengan PAS pada PRN Melaka. 

Keputusan itu diumumkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Asas persefahaman UMNO dengan PAS berpandukan kepada prinsip bahawa PAS menggunakan lambang partinya sendiri selaras dengan semangat serta ketetapan Jawatankuasa Induk Muafakat Nasional (MN) dalam mesyuarat pada 19 Oktober dan 18 November 2020. – Getaran, 29 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 1 minggu yang lalu

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

2

Politik 1 minggu yang lalu

RUU 7 ADUN Lantikan Dilulus, DAP Tarik Sokongan Terhadap Kerajaan Melaka

3

Politik 3 minggu yang lalu

‘Rundingan Senyap UMNO-PAS Punca BN ‘Over Confident’ - Puad Zarkashi

4

Politik 4 minggu yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

Sorotan

1

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

2

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

3

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

4

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

5

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

6

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Pemerasan RM2 Juta, 12 Pegawai Dan Anggota Polis Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Nahas 6 Maut Di Karak, PM Zahir Ucapan Takziah

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Sanusi, Jangan Campur Tangan Kempen Di Negeri Sembilan’ - Zahid Hamidi

oleh Sophia Ahmad