web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


GPS Tanding 82 Kerusi DUN Sarawak, Nafi Bahagi Kerusi

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Oct 2021 3:38PM

Alexander menafikan wujud pembahagian kerusi antara GPS dan BERSATU. - Gambar Bernama

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan bertanding di semua 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) akan datang.

Serentak dengan itu, Setiausaha Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menafikan wujud pembahagian kerusi antara Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Alexander berkata, beliau tidak pernah membuat pengesahan berhubung pembahagian kerusi, seperti didakwa pihak tertentu.

“Saya menafikan pernah memberikan kenyataan sedemikian dan ingin menegaskan tiada rundingan sedemikian pernah atau akan diadakan,” katanya hari ini.

GPS terdiri daripada gabungan empat parti politik tempatan iaitu PBB, Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).

“Saya mahu perbetulkan mesej salah yang dilaporkan dalam beberapa media,

terutama Malaysian Dateline.

“Apa yang berlaku sebenarnya, pada sidang media yang diadakan pada 21 Oktober lalu di Kuching, saya telah ditanya mengenai kerusi BERSATU di Sarawak iaitu kerusi DUN Krian yang disandang Datuk Ali Biju,” katanya.

Sebagai respons kepada soalan itu, katanya, beliau hanya memberitahu bahawa kedudukan kerusi Krian akan dibincangkan oleh GPS.

“Jawapan yang diberikan tidak merujuk kepada mana-mana kerusi DUN yang lain.

“Saya sedar bahawa sememangnya GPS tidak akan memberi sebarang kerusi kepada mana-mana parti lain,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau melahirkan rasa kecewa dengan tindakan segelintir media yang sengaja mensensasikan isu pembahagian kerusi sempena PRN Sarawak Ke-12.

“Dengan penjelasan ini, saya berharap semua pihak mendapat fakta yang sebenar dan tiada lagi sebarang isu berbangkit mengenainya,” tegasnya. - Getaran, 24 Oktober 2021

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

Semasa 5 jam yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

oleh Sophia Ahmad