web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


UMNO Nafi Terlambat Atur Strategi

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Oct 2021 2:36PM

Ahmad Maslan meluangkan masa menziarahi penduduk Taman Terendak Permai.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA TENGAH - UMNO menepis dakwaan parti itu terlambat dalam mengatur strategi menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) November depan.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, segala persiapan termasuk jentera sudah bersedia sepenuhnya bagi menghadapi PRN.

Menurut beliau, parti itu hanya perlu memuktamadkan nama calon dan kerjasama sesama komponen sebagai persediaan akhir sebelum masuk ke gelanggang.

“Kami sudah bersedia sejak bulan lepas dari segi persiapan, cuma nak menentukan (kerjasama) dengan siapa dan calon sahaja belum dimuktamadkan.

“Tiada persoalan cepat atau lambat. Persiapan semua termasuk di cawangan, Pusat Daerah Mengundi (PDM), DUN dan parlimen sudah siap," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke PDM Bukit Terendak, di sini hari ini.

Ahmad Maslan ketika berucap di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Bukit Terendak, hari ini.
Ahmad Maslan ketika berucap di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Bukit Terendak, hari ini.

Mengulas lanjut katanya, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) juga akan mengadakan mesyuarat Khamis ini untuk membuat keputusan berhubung kerjasama dengan parti lain.

“Saya ingin maklumkan pada Khamis ini MKT akan mengadakan mesyuarat untuk membuat keputusan selanjutnya mengenai PRN ini.

“Kita masih belum buat keputusan penjuru mana sama ada kiri, kanan, depan atau belakang. Sebarang keputusan akan dibuat pada mesyuarat MKT,” katanya.

Sementara itu, Ahmad berkata, UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu ada keyakinan untuk memenangi PRN Melaka kerana mempunyai kekuatan jentera yang kuat serta teratur.

“Kemenangan pasti untuk kita, apabila kita masuk dalam PRN atau Pilihan Raya Umum (PRU) mestilah berhasrat untuk menang.

“Kita berlawan untuk menang jadi kita berusaha untuk menang dan mesti ada keyakinan untuk menang,” katanya. - Getaran, 24 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

‘Rundingan Senyap UMNO-PAS Punca BN ‘Over Confident’ - Puad Zarkashi

2

Politik 4 minggu yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

3

Politik 4 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

4

Politik 7 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

Sorotan

1

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

2

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

3

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

4

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

5

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

6

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

oleh Sophia Ahmad

Sukan 15 jam yang lalu

F1 GP Bahrain: Malaysia Bakal Jadi Tuan Rumah Di Litar Sepang - PM 

oleh Sophia Ahmad