web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kuasa Besar Undi 18, Budaya Politik Lama Perlu Dihapuskan

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Oct 2021 7:36AM

Pelaksanaan Undi 18 dan pendaftaran pemilih secara automatik dijangka dibuat selewat-lewatnya 31 Disember tahun ini. - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jaminan diberi kerajaan bagi memberikan kuasa besar kepada anak muda di negara ini menerusi Undi 18, menerima sambutan baik daripada pelbagai pihak berkaitan.

Ia jelas satu berita gembira buat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan ahli akademik yang selama ini giat memperjuangkan isu terbabit.

Penganalisis Politik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Ilyas Abdullah berkata, kesediaan itu membuktikan komitmen kerajaan dalam memberikan peluang kepada anak muda untuk menyertai proses pembangunan negara.

Namun, beliau menegaskan, budaya politik lama yang diamalkan oleh pemimpin terdahulu perlu dibuang bagi memastikan anjakan paradigma dapat dilakukan dengan efisien oleh golongan belia.

“Sebagai contoh, budaya taksub kepada pemimpin itu perlu dihentikan. Perlu ada pembaharuan agar golongan muda tidak dikawal oleh aktor-aktor politik lama.

“Generasi baharu mesti bebas dan mempunyai aspirasi mereka sendiri. Kita tidak mahu kumpulan anak muda yang diberi peluang dalam proses demokrasi ini dikawal oleh mereka kerana jika budaya lama itu masih lagi diamalkan, maka tidak akan ada apa-apa perubahan terhadap politik Malaysia,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi, hari ini.

Dr Ilyas Abdullah
Dr Ilyas Abdullah

Ilyas turut melahirkan harapan untuk melihat Undi 18 mampu mewujudkan suasana politik baharu agar generasi muda tidak lagi terperangkap dengan kemelut yang berlaku di antara pemimpin dan perebutan kuasa.

“Barisan anak muda yang menyertai politik, jika ada pertikaian kepada pembangkang atau kerajaan, biarlah dilakukan secara harmoni dan ilmiah. Jangan berbahas dengan tingkah laku yang ditunjukkan pemimpin sekarang di Parlimen.

"Jangan biarkan ia sekadar perbahasan kosong yang tidak memberi sebarang makna," tegas beliau.

Mohd Alif Anas Md Noor
Mohd Alif Anas Md Noor

Sementara itu, Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Mohd Alif Anas Md Noor berkata, usaha tersebut membuka ruang partipitasi buat golongan muda untuk menyertai politik tanah air.

Atas faktor ini jelasnya, mereka yang berusia seawal 18 tahun perlu memanfaatkan peluang berkenaan dengan memberi input atau idea ‘segar’ yang mampu menjamin pembangunan negara untuk berada di tahap lebih berkualiti.

“Kita optimis dengan apa yang dihasratkan kerajaan, negara dapat dipacu dengan lebih hebat pada masa akan datang.

“Jika Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang ini memberi lebih banyak ruang dan peluang untuk anak muda diketengahkan sebagai calon, ia serba sedikit akan memberikan suasana dan perubahan kepada negara  pada masa akan datang,”katanya.

Pada masa sama, Mohd Alif turut mencadangkan agar pelaksanaan Undi 18 seiring dengan pendidikan mengenai pemerkasaan sistem politik dan amalan demokrasi dalam kalangan generasi muda.

“Paling utama ketika ini adalah kerajaan perlu melaksanakan pendidikan politik sejak di bangku sekolah bagi memastikan mereka memahami dengan lebih mendalam sistem demokrasi.

“Dengan pendedahan yang lebih mendalam ini, pelajar sudah dapat membuat keputusan dan penilaian yang terbaik untuk memilih pemimpin walaupun baru mencecah 18 tahun,”katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini dilaporkan berkata, kerajaan ingin memberikan kuasa yang besar kepada anak muda menerusi pelaksanaan Undi 18.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar memaklumkan, pelaksanaan Undi 18 dan pendaftaran pemilih secara automatik akan dibuat selewat-lewatnya 31 Disember tahun ini seperti yang diperintahkan Mahkamah Tinggi Kuching. – Getaran, 21 Oktober 2021.

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

Luar Negara 4 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran