web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Praktikkan Kerjasama Pusat Di PRN Melaka - Hamzah Zainuddin

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Oct 2021 7:52PM

Hamzah (empat dari kanan) menyerahkan bendera PN sempena PRN Melaka.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA TENGAH - Prinsip kerjasama yang dimeterai di peringkat pusat harus diamalkan di setiap negeri bagi mengelakkan berlakunya persengketaan sesama parti.

Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, tidak timbul isu perpecahan dalaman PN negeri dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) walaupun kerjasama antara UMNO belum dimuktamadkan.

Menurut beliau, kerjasama yang terjalin di peringkat pusat pada masa ini boleh dipraktikkan pada PRN akan datang.

“Bukan bersedia (kerjasama) tetapi matlamat kita adalah tidak ada perpecahan, apabila ada perpecahan semua boleh berpecah belah.

“Dalam masa terdekat ini kita umumkan bagaimana kerjasama yang akan kita adakan.

"Buat masa ini, belum ada lagi mana-mana pemimpin yang buat pengumuman untuk ada perpecahan,” katanya pada  sidang media selepas Majlis Pelancaran Gempur PN Melaka.

Hadir sama, tiga Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Ronald Kiandee, Datuk Rafiq Naizamohideen dan Datuk Dr Mohd Radzi Jidin serta Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Hamzah berkata, pemimpin parti komponen termasuk BERSATU, GERAKAN dan PAS akan mengadakan perbincangan dengan rakan politik lain untuk membentuk kerjasama.

Sementara itu, Ahmad Samsuri berkata, tidak timbul soal PAS meminggirkan mana-mana parti komponen sama ada dalam PN atau Muafakat Nasional (MN).

“Kedua-dua PN dan MN adalah entiti penting dalam negara kerana masing-masing ada peranan yang perlu kita pertahan serta perkukuhkan.

“Memang sejak dulu lagi Pas sentiasa menekankan untuk memperkasakan kedua-dua gabungan parti ini,” katanya. - Getaran, 19 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 1 hari yang lalu

‘Sanusi, Jangan Campur Tangan Kempen Di Negeri Sembilan’ - Zahid Hamidi

2

Politik 1 hari yang lalu

Sanusi Dakwa Kenyataan Diputar Belit, Bakal Buat Laporan Polis 

3

Politik 1 hari yang lalu

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

4

Politik 2 hari yang lalu

Sentimen Pengundi Melayu Di Negeri Sembilan, Johor Tak Boleh Dibandingkan - Aminuddin

Sorotan

1

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

2

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

3

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

4

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

5

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

6

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Remaja Perempuan Maut: Mayat Ditemui Selepas Dicari Keluarga

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

Jangan Sembunyi Kes Buli, Tutup Kes Akan Nafi Keadilan Untuk Mangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

oleh Sophia Ahmad