web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


UMNO Nekad Pertahan DUN Sungai Udang, Pantai Kundor

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Oct 2021 8:17AM

Ab Rauf Yusoh (tengah) - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR GAJAH - UMNO Melaka bertekad mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang dan Pantai Kundor jika Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan di negeri itu. 

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata pihaknya menyerahkan kepada Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad bagi menguruskan persiapan jentera bagi kedua-dua kawasan panas itu. 

''Itu saya serah kepada Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu untuk uruskan keadaan di dalam kawasan pentadbirannya. Saya yakin UMNO Tangga Batu juga telah bersedia untuk melengkapkan jenteranya bagi menghadapi PRN terutama di Sungai Udang dan Pantai Kundor.

''Pastinya kawasan itu yang dimenangi oleh UMNO, akan dipertahankan kerusi tersebut bagi pihak UMNO,'' katanya pada sidang akhbar selepas program penyerahan komputer riba kepada UMNO cawangan Masjid Tanah, Kampung Pulau di sini semalam. 

Hadir sama Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan.

Ditanya mengenai persediaan jentera bersama PAS, Ab Rauf menegaskan beliau hanya menguruskan jentera UMNO dan tiada perkongsian dengan mana-mana parti lain setakat ini. 

''Sebelum mengambil kira mana-mana parti (untuk bekerjasama), UMNO mesti perkukuhkan kedudukan kekuatan parti dahulu, baru kita lihat siapa datang berunding dengan kita. PAS, saya tidak campur urusan parti (lain),” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menerima pemakluman rasmi berhubung pembubaran DUN Melaka penggal ke-14 pada 4 Oktober dan berdasarkan Perkara 19 (4) Perlembagaan Negeri Melaka, pilihan raya umum hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran itu.

SPR akan membincangkan tarikh-tarikh penting PRU DUN Melaka seperti tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian, Daftar Pemilih yang akan digunakan dan lain-lain persiapan bagi melaksanakan pilihan raya itu, Isnin depan. - Bernama

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 4 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 19 jam yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad