web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mesyuarat MKT Khamis, Bincang Kemelut Politik Melaka

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Oct 2021 7:47AM

Ahmad Maslan (dua dari kiri) pada sidang media selepas mengadakan perjumpaan dengan kepimpinan UMNO Melaka, malam tadi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA TENGAH - Perkembangan politik Melaka akan dibincangkan pada Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MMKT) UMNO yang akan diadakan Khamis ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka bersama Ketua Menteri yang juga Ahli MT akan membentangkan situasi politik negeri kepada pucuk pimpinan.

Menurut beliau, antara yang akan dibincangkan termasuk keperluan dan persediaan jentera sekiranya Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan.

"Mesyuarat MKT akan diadakan pada Khamis dan Datuk Seri Ab Rauf serta Datuk Seri Sulaiman akan membentangkan kepada MT keadaan sebenar Melaka.

"Presiden UMNO bersama semua MT akan membincangkan mengenai persiapan jentera parti selain apa yang akan kita lakukan di Melaka," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan perjumpaan dengan kepimpinan UMNO, Melaka, malam tadi.

Ahmad Maslan berkata, cadangan untuk mengadakan PRN Melaka diserahkan kepada kebijaksanaan Pemangku Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

"Cepat atau lambat PRN Melaka akan tetap dilaksanakan, ia keputusan Sultan Nazrin bukannya di bawah kami.

"Namun begitu persiapan untuk menghadapi PRN perlu dipersiapkan bermula sekarang," katanya.

Mengulas mengenai perjalanan Persidangan Cawangan UMNO yang dijangka bermula 15 Oktober ini sehingga 30 November depan, Ahmad berkata, ia langsung tidak akan mengganggu perjalanan PRN sekiranya diadakan. - Getaran, 11 Oktober 2021

Sorotan

1

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

2

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

3

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

4

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

5

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

6

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

2 Remaja Perempuan Maut: Mayat Ditemui Selepas Dicari Keluarga

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

Jangan Sembunyi Kes Buli, Tutup Kes Akan Nafi Keadilan Untuk Mangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

oleh Sophia Ahmad