web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PN Melaka Akur Jika PRN Ditangguh

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Oct 2021 3:18PM

Mohd Rafiq Naizamohideen (tengah) akur jika PRN ditangguhkan susulan kebimbangan penularan COVID-19.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JASIN - Perikatan Nasional (PN) Melaka akur sekiranya Pilihan Raya Negeri (PRN) terpaksa ditangguhkan susulan kebimbangan penularan COVID-19.

Pengerusinya, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen berkata, pihak kerajaan pasti akan membuat pertimbangan sebaiknya sebelum membuat sebarang keputusan bagi menyelesaikan krisis politik di Melaka.

Beliau bagaimanapun berkata, PN Melaka tetap akan bertanding sekiranya PRN tetap diadakan, bagi menghormati proses demokrasi dan perlembagaan negeri.

"Saya yakin bahawa semua pertimbangan akan mengambil kira laporan daripada pelbagai aspek termasuk Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana kepentingan rakyat harus mengatasi kepentingan politik.

"Kita akur segala keputusan yang akan dibuat kerana sudah tentu ianya akan mengambil kira faktor kesihatan dalam waktu pandemik ini," katanya.

Beliau yang juga Ketua Badan Pimpinan BERSATU negeri turut akur dengan keputusan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mengumumkan tidak akan bekerjasama dengan BERSATU jika PRN diadakan.

"Dalam PN terdapat lima gabungan parti dan semenanjung ada tiga parti iaitu BERSATU, PAS dan Gerakan, jadi kita sentiasa menjalinkan kerjasama erat antara ketiga-tiga parti komponen ini.

"Kita BERSATU dan PN akur dengan keputusan (UMNO) yang mengatakan tidak akan bekerjasama tetapi kita tidak bersendirian," katanya.

Media semalam turut melaporkan, Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berpandangan PRN Melaka wajar ditangguhkan berikutan penularan pandemik Covid-19 yang masih belum reda.

Mohamad berkata, kerajaan serta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) wajar mempertimbangkan pandangan pakar perubatan atau kesihatan mengenai kesan kepada negara dan rakyat sekiranya PRN tetap dilaksanakan. - Getaran, 9 Oktober 2021

Sorotan

1

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

2

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

3

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

4

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

5

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

6

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Sanusi Dakwa Kenyataan Diputar Belit, Bakal Buat Laporan Polis 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

oleh Sophia Ahmad

Sukan 15 jam yang lalu

F1 GP Bahrain: Malaysia Bakal Jadi Tuan Rumah Di Litar Sepang - PM 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

oleh Sophia Ahmad