web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Adly Sahkan PH Melaka Utus Warkah Kepada Agong

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Oct 2021 7:39AM

Norhizam Hassan Baktee dan Noor Effandi Ahmad telah menghantar warkah kepada Yang di-Pertuan Agong memohon baginda menasihati Yang Dipertua Negeri Melaka menarik balik tindakan membubarkan DUN Melaka. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Pakatan Harapan (PH) Melaka mengesahkan telah menghantar warkah kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memohon ihsan dan kebijaksanaan baginda untuk menasihati Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam agar menarik balik tindakan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka pada 4 Oktober lepas.

Pengerusinya, Adly Zahari berkata warkah itu dihantar pada kira-kira 5.50 petang semalam oleh bekas Ahli DUN (ADUN) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee dan bekas ADUN Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad.

"Warkah berkenaan diterima oleh Wakil Urusan Diraja Istana Negara, Ahmad Hanafi Yahya," katanya ketika dihubungi Bernama malam tadi.

Katanya antara lain, kandungan warkah itu menyebut selaras dengan Perkara 8.2(b) Perlembagaan Negeri Melaka, Tun Mohd Ali tidak mempunyai budi bicara untuk mempersetujui permintaan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali bagi membubarkan DUN.

Adly berkata perkara itu seharusnya dielakkan kerana telah membuka laluan untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) semasa usaha membendung wabak COVID-19 masih berada di tahap pemulihan sekali gus mengancam nyawa rakyat dan ekonomi negara ketika pandemik belum terkawal sepenuhnya.

"Yang Dipertua Negeri sepatutnya menjalankan proses pertemuan dengan kesemua 28 ADUN untuk menentukan kehilangan sokongan majoriti ADUN ke atas Ketua Menteri dan kepunyaan sokongan majoriti ADUN ke atas ADUN yang dicalonkan oleh kami mengikut Perlembagaan Negeri Melaka (Proses Penentuan Ketua Menteri).

"Proses Penentuan Ketua Menteri tidak sepatutnya dilaksanakan dengan cara tergesa-gesa terutama sewaktu Yang Dipertua Negeri menjalani kuarantin kendiri dari 30 September hingga 7 Oktober," katanya.

Beliau berkata surat itu ditandatangani oleh beliau, Norhizam, Noor Effandi, bekas ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron dan bekas ADUN Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan.

Suruhanjaya Pilihan Raya menerima pemakluman rasmi berhubung pembubaran DUN Melaka penggal ke-14 pada Isnin lepas daripada Speaker DUN Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh setelah kerajaan negeri yang dipimpin UMNO hilang majoriti dalam DUN.

Berdasarkan Fasal (4) Perkara 19 Perlembagaan Negeri Melaka, pilihan raya hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh pembubaran DUN itu. - Bernama

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Hilang Hampir Seminggu, Lelaki OKU Ditemukan Maut

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad