web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


4 ADUN Melaka Isytihar Hilang Percaya Ketua Menteri

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Oct 2021 3:39PM

Idris (3 dari kiri) yang mewakili keempat-empat ADUN itu memaklumkan mereka telah menghantar surat menarik sokongan kepada pejabat Ketua Menteri hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang sebelum ini dikatakan akan beralih arah akhirnya mengumumkan hilang kepercayaan kepada pimpinan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Mereka termasuk ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan yang sebelum ini menyatakan pendirian untuk kekal menyokong Sulaiman.

Tiga lagi ialah bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (BERSATU-Telok Mas).

Idris yang mengetuai sidang media khas berhubung perkara itu berkata, surat penarikan semula sokongan itu sudah dihantar ke pejabat Ketua Menteri hari ini.

"Kami sudah menyerahkan surat ketidakpercayaan hari ini, sekaligus mencari jalan untuk memberikan peluang kepada kerajaan negeri ini ditubuhkan, bagi meneruskan perjalanan dan pentadbiran negeri ini pada masa hadapan.

"Saya dan Nor Azman masih lagi bersama UMNO setakat hari ini dan sebarang tindakan saya serah kepada parti serta kami tunggu dipanggil oleh badan disiplin,” katanya.

Menurut beliau, mereka sedia menerima akibat daripada tindakan itu.

“Kita memang akan berdepan dengan akibat dan sebagainya, namun tetap menyatakan pendirian untuk meletakkan kepentingan rakyat atas segalanya kerana banyak perkara tidak terlaksana, seolah-olah ada dua singa atas satu gunung," katanya. – Getaran, 4 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 1 minggu yang lalu

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

2

Politik 1 minggu yang lalu

RUU 7 ADUN Lantikan Dilulus, DAP Tarik Sokongan Terhadap Kerajaan Melaka

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Sorotan

1

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

2

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

3

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

4

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

5

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

6

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Sanusi, Jangan Campur Tangan Kempen Di Negeri Sembilan’ - Zahid Hamidi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

oleh Sophia Ahmad