web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


JPNS Komited Selesaikan Isu Persekolahan Murid 10 Tahun Tiada Dokumen Kewarganegaraan

Pendidikan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jan 2024 12:10PM

Surat yang diutuskan kanak-kanak berkenaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. - gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) sudah mengadakan pertemuan dengan keluarga seorang murid di Negeri Sembilan, yang berdepan keciciran dalam pendidikan berikutan tiada dokumen kewarganegaraan.

Kementerian Pendidikan (KPM) itu dalam satu kenyataan berkata pertemuan yang diadakan pada 28 Disember lalu bagi mencari penyelesaian bagi membolehkan kanak-kanak itu dapat meneruskan pendidikannya apabila sesi baharu persekolahan bermula Mac ini.

Kenyataan itu menyebut, melalui pertemuan berkenaan, ada beberapa Cadangan penyelesaian dikemukakan berhubung keperluan dokumentasi kewarganegaraan murid terbabit.

“KPM mengambil perhatian isu murid tanpa dokumen kewarganegaraan yang menghadapi masalah untuk meneruskan persekolahan seperti yang dilaporkan media.

“Satu sesi pertemuan bersama-sama dengan keluarga murid terlibat telah diadakan oleh JPNS pada

Khamis, 28 Disember 2023.

“Ia bertujuan untuk mencari jalan penyelesaian bagi membolehkan murid terlibat meneruskan

persekolahan seperti biasa,” katanya.

KPM juga memaklumkan JPNS komited untuk membantu dari aspek pengurusan pendaftaran murid di sekolah.

Katanya, pertemuan kedua-dua pihak berlangsung dalam suasana harmoni dan mencapai hasil yang positif.

“KPM sentiasa berusaha meningkatkan akses pendidikan berkualiti untuk semua murid warganegara. Agenda pendidikan manusiawi memastikan tiada murid yang tercicir,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, kanak-kanak berusia 10 tahun itu dipercayai berdepan kemungkinan tidak dapat meneruskan Pendidikan di darjah empat pada Mac ini.

Kanak-kanak itu dikatakan tiada dokumen kewarganegaraan selepas ibu bapanya tidak mendaftarkan perkahwinan mereka dan kemudian bercerai pada 2013.

Walaupun tiada dokumentasi kewarganegaraan, kanak-kanak terbabit dikatakan masih dapat bersekolah sehingga darjah tiga di Sekolah Kebangsaan Taman Sri Pagi, Senawang, dengan keluarganya perlu membayar RM120 setahun.

Bagaimanapun, baru-baru ini pihak sekolah memaklumkan kanak-kanak itu tidak dapat meneruskan persekolahannya apabila sesi Mac ini bermula susulan pelaksanaan dasar baharu KPM. 

Buntu dengan keadaan itu, dan atas cadangan bapa saudaranya, kanak-kanak berkenaan kemudian dilaporkan mengutus surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memohon bantuan. – Getaran, 3 Januari 2024

Sorotan

1

Buli: 4 Pelajar MRSM Dibuang Maktab, 2 Digantung Sekolah - Asyraf Wajdi

2

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

3

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

4

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

5

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

6

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pasport Baharu Dilancar, Malaysia Kekalkan Kedudukan Pasport Ketiga Terkuat Dunia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Dalam Bagasi: Mangsa Mati Akibat Tetakan Di Kepala

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Mahu Berjaga Untuk Perjalanan Jauh, Ramai Pemandu Lori Mengaku Ambil Dadah - Polis

oleh Sophia Ahmad