web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Empat Inovasi Taruhan INTEGOMB Di KIDE 2023

Pendidikan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Nov 2023 7:58PM

Pasukan INTEGOMB bersama tiga guru pengiring sebelum berlepas ke Taiwan, Selasa lalu. - gambar INTEGOMB

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Sepasukan pelajar dari Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Integrasi Gombak (INTEGOMB) melangkah ke pertandingan The 2023 Kaohsiung International Invention & Design Expo (KIDE 2023) di Taiwan dengan misi membawa pulang kemenangan.

Berbekalkan tiga inovasi berasaskan barangan kitar semula dan satu inovasi penjagaan kesihatan yang menjadi taruhan pasukan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) itu, mereka kini berada di ekspo berkenaan yang bermula hari ini hingga 2 Disember ini.

Guru pembimbing, Muhammad Nabil Abdullah, berkata KIDE 2023 anjuran World Invention Intellectual Property Associations (WIIPA) dan Taiwan Invention Products Promotion Association (TIPPA) berlangsung di Pusat Pameran Kaohsiung (KEC), di Kaohsiung, Taiwan.

Katanya, empat inovasi berkenaan dinamakan Rollrine, Ecodorne, Saoil dan Maskcrete.

Rollrine adalah satu inovasi yang dicipta bertujuan untuk mengesan jangkitan di saluran kencing (UTI) dengan lebih efektif, mudah dan cepat dengan hanya menggunakan ekstrak daripada bunga telang serta tisu tandas.

“Visi dan misi inovasi ini adalah untuk mewujudkan kesedaran kepada masyarakat tentang UTI dan pada masa yang sama sebagai mekanisme pengesanan awal jangkitan.

“Inovasi Ecodorne pula adalah dengan memanfaatkan beg plastik terpakai dan kulit telur bagi menghasilkan jubin yang bersesuaian untuk dijadikan sebagai dekorasi yang lestari, mesra alam dan menawan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. 

Muhammad Nabil berkata, inovasi Maskcrete pula adalah penghasilan batu bata dengan menggunakan kotak minuman terbuang, beg mesra alam dan kulit telur yang dihancurkan.

Inovasi yag lebih lestari ini, katanya, menjadi alternatif yang lebih mesra alam berbanding penggunaan batu bata yang menggunakan tanah liat sebagai sumber utama.

Beliau berkata, Saoil adalah sabun yang mengguna pakai sisa minyak masakan, serai wangi dan serbuk penaik untuk dimanfaatkan oleh masyarakat.

“Selain berfungsi sebagai sabun ia juga dapat menghalau serangga. Idea bernas ini tercetus selepas didapati berlaku pembaziran penggunaan minyak masak selain penghasilan sabun di pasaran yang menggunakan bahan buatan yang terhad dan mempunyai bahan kimia,” katanya.

Muhammad Nabil berkata, pasukan itu berlepas ke Taiwan pada awal pagi 28 November lalu bersama tiga orang guru pembimbing termasuk beliau, dan dua lagi guru iaitu Suraya Shabingin dan Asim Mohd Ariff.

Muhammad Nabil yang juga seorang daripada mentor pasukan sekolahnya berkata, 19 murid dari tingkatan dua hingga empat sekolah berkenaan bertungkus lumus membuat persiapan selama hampir dua bulan bagi memastikan semua idea inovasi yang bakal dipersembahkan mampu memberi saingan yang cemerlang dalam pertandingan tersebut.

Beliau berkata, murid dan guru terbabit bersama-sama menggembleng tenaga untuk menjana idea inovasi yang bernas sekali gus bertepatan dengan Matlamat Pembangunan Mampan yang ingin dicapai oleh Malaysia dan negara lain di seluruh dunia.

Pada masa sama, Muhammad Nabil berkata, pertandingan berprestij anjuran WIIPA dan TIPPA itu menjadi satu platform yang sangat baik untuk murid mencungkil bakat serta menyerlahkan potensi mereka sebagai seorang ahli pemikir yang penting dalam negara.

“Bertepatan dengan konsep Revolusi Industri 4.0 dan Matlamat Pembangunan Mampan, murid serta guru SBP Integrasi Gombak telah berhempas pulas dalam merealisasikan inovasi ini bagi memperoleh anugerah terbaik ketika di Taiwan,” katanya.

Sementara itu, seorang daripada peserta, Adam Farish, 16, berkata beliau teruja untuk menyertai pertandingan itu walaupun bimbang berdepan saingan sengit daripada peserta negara lain.

Bagaimanapun katanya, beliau tetap yakin dengan produk dan persiapan yang dilakukan pasukannya.

KIDE menjadi antara ekspo inovasi terbesar Asia, membabitkan 26 negara dan lebih 500 penyertaan. – Getaran, 30 November 2023

Sorotan

1

Buli: 4 Pelajar MRSM Dibuang Maktab, 2 Digantung Sekolah - Asyraf Wajdi

2

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

3

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

4

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

5

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

6

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

oleh Wartawan Getaran

Pendidikan 22 jam yang lalu

Buli: 4 Pelajar MRSM Dibuang Maktab, 2 Digantung Sekolah - Asyraf Wajdi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

PM Terima Penghargaan Sultan Selangor, ‘LRT3 Shah Alam Bukan Projek Untuk Bermegah’ 

oleh Sophia Ahmad