web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jerebu: Sekolah Diminta Patuhi Garis Panduan

Pendidikan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Oct 2023 2:07PM

Fadhlina Sidek - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Pihak sekolah diminta mematuhi garis panduan yang disediakan berikutan beberapa kawasan di negara ini telah dilanda jerebu, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Beliau berkata garis panduan itu antara lain menetapkan tiada aktiviti luar boleh dilaksanakan sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100.

“Kita memang dah ada garis panduan dan kekal dengan ia… malah kita sering tegaskan garis panduan ini terpakai untuk semua dan mesti dipatuhi untuk elak sebarang kejadian tidak diingini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutupan Mahrajan Al-Quran Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Kebangsaan 2023 di sini hari ini.

Jumlah kawasan merekodkan bacaan Indeks IPU kategori tidak sihat pagi tadi meningkat kepada 16, merangkumi sembilan negeri dengan Cheras di ibu negara merekodkan IPU tertinggi dengan bacaan 164.

Beliau berkata Kementerian Pendidikan juga akan mendapatkan nasihat dan cadangan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sama ada sekolah perlu ditutup.

“Kita akan bergantung kepada nasihat KKM dari masa ke masa berkenaan cadangan untuk menutup (sekolah) atau pakai pelitup muka dan sebagainya,” katanya.

Semasa ditanya mengenai isu kekurangan guru, beliau berkata ia bersifat sementara dan pihaknya sentiasa melaksanakan unjuran bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) untuk memastikan masalah itu dapat ditangani.

“Isu kekurangan guru adalah sementara dan kita baru selesai temu duga untuk pengambilan one-off selain sedang dalam proses pengambilan secara contract of service (COS) (kontrak perkhidmatan), “ jelasnya.

Media sebelum ini melaporkan, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) mendakwa sekolah di seluruh negara mengalami kekurangan lebih 20,000 guru dan perlu diselesaikan segera.

Sementara itu, menyentuh mengenai Program Mahrajan Al-Quran, Fadhlina berkata acara tahunan itu disertai 688 peserta dari sekolah rendah dan menengah yang mengambil bahagian dalam 16 acara yang dianjurkan.

Beliau berkata program itu antara lain bertujuan untuk membangunkan potensi dan sahsiah pelajar selain meningkatkan keupayaan serta keberanian mereka. - BERNAMA

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

Buli: 4 Pelajar MRSM Dibuang Maktab, 2 Digantung Sekolah - Asyraf Wajdi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 27 minit yang lalu

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

Sarjan Polis Maut Kemalangan, Polis Buru Pemandu Lori

oleh Sophia Ahmad