web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KPM Nafi Turunkan Gred Pemarkahan SPM 2022, Ikut Standard Sebelum Ini - Fadhlina

Pendidikan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jun 2023 8:00PM

Fadhlina bercakap pada sidang media selepas Program Pemerkasaan Bahasa Melayu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina/Tamil Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor di sini hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dakwaan bahawa Kementerian Pendidikan (KPM) menurunkan purata gred pemarkahan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 adalah tidak benar.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata setiap permarkahan yang dibuat mestilah mengikut merit dan standard yang diguna pakai sebelum ini.

“Kita ada standard kita dan kita cukup jaga standard itu… kita harus berlaku adil apabila pemarkahan ini dibuat dia mestilah mengikut merit dan standard yang sudah kita guna pakai sebelum ini,” katanya kepada pemberita selepas menutup Program Pemerkasaan Bahasa Melayu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor, di sini, hari ini.

Baru-baru ini tular di media sosial berhubung analisis pemarkahan SPM yang mendapat perhatian serta menimbulkan pertikaian dalam kalangan orang ramai terhadap sistem pemarkahan KPM bagi SPM 2022.

Dalam perkembangan lain, ditanya sama ada KPM akan menambah subjek wajib lulus peperiksaan SPM selain Bahasa Melayu dan Sejarah, Fadhlina berkata setakat ini dua mata pelajaran itu sahaja dikekalkan.

“Setakat ini kita kekalkan dengan pendirian untuk (wajib lulus) Bahasa Melayu dan Sejarah kerana impaknya dalam SPM baru-baru ini, keputusan mata pelajaran Sejarah meningkat dengan sangat tinggi dan sangat baik.

“Ini menunjukkan pelajar ini tiada masalah menguasai subjek Sejarah, mungkin cuma intervensi yang agresif kena kita lakukan khususnya dalam pemerkasaan Bahasa Melayu dan Sejarah,” katanya. 

Dalam pada itu, beliau berkata tahap penguasaan mata pelajaran Bahasa Melayu di SJKC dan SJKT dalam SPM 2022 menunjukkan prestasi yang cukup cemerlang dengan  peningkatan yang ketara dan berharap prestasi itu dapat dipertingkatkan.

Mengulas mengenai Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Roland Sagah Wee Inn, yang mendakwa Menteri Pendidikan enggan mengadakan pertemuan dengannya bagi mengadakan perbincangan berkaitan pembangunan pendidikan di negeri itu, Fadhlina berkata tarikh pertemuan telah ditetapkan pada 14 Julai depan.

Selain itu,  Fadhlina berkata program Pemerkasaan Bahasa Melayu SJKC dan SJKT yang bermatlamat mempertingkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan guru juga diharap memberi impak kepada perkembangan dan pengukuhan Bahasa Melayu  murid-murid di sekolah berkenaan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Ibu Muda Mangsa Kesalahan Seksual Perlu Kembali Sambung Pelajaran - Fadhlina

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Disangka Hilang, Rupanya Tertidur Sebelah Mesin Basuh Jiran

4

Politik 1 bulan yang lalu

17 Kerusi Baharu DUN Sarawak Masih Belum Dimuktamadkan, SPR Terus Membisu

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 9 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad