web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 16 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lebih 200 Guru Tidak Lapor Diri, Tolak Tawaran Penempatan Ke Sarawak

Pendidikan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Mar 2023 9:46PM

KPM menerusi jawapan lisan di laman sesawang Parlimen hari ini memaklumkan 3,227 guru “one-off” itu merangkumi 2,621 guru lantikan tetap dan 606 guru lantikan secara CoS. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 222 daripada 3,227 guru “one-off” yang diberi penempatan ke Sarawak tidak melaporkan diri atau menolak tawaran itu sehingga 30 September tahun lepas, menurut Kementerian Pendidikan (KPM).

KPM menerusi jawapan lisan di laman sesawang Parlimen hari ini memaklumkan 3,227 guru “one-off” itu merangkumi 2,621 guru lantikan tetap dan 606 guru lantikan secara “Contract of Services (CoS)” yang ditempatkan di Sarawak.

"Urusan pengambilan guru akan dilaksanakan berterusan dari semasa ke semasa tertakluk kekosongan jawatan dan keperluan opsyen mata pelajaran," menurut kementerian itu.

Ia bagi menjawab soalan Ahmad Johnie Zawawi (GPS-Igan) mengenai bilangan guru pengambilan “one-off” dan CoS yang tidak melapor diri atau menolak tawaran ke Sarawak serta tindakan diambil KPM untuk mengisi kekosongan itu.

Menurut KPM guru kelahiran Sarawak diberikan keutamaan untuk ditempatkan di negeri kelahiran mereka berdasarkan kekosongan perjawatan dan keperluan opsyen.

Bagi pembangunan profesionalisme guru baharu, KPM telah melaksanakan Program Pembangunan Guru Baharu untuk membimbing dan membantu secara profesional dan berstruktur bagi membolehkan guru baharu mengadaptasi persekitaran, budaya dan komuniti sekolah.

"Guru baharu juga menerima bimbingan secara berterusan daripada guru mentor yang dilantik dalam meningkatkan kompetensi profesionalisme terutamanya kemahiran dan kepakaran bagi memastikan pembelajaran dan pengajaran (PdP) dapat disampaikan dengan lebih berkesan," kata KPM. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Disangka Hilang, Rupanya Tertidur Sebelah Mesin Basuh Jiran

3

Politik 1 bulan yang lalu

17 Kerusi Baharu DUN Sarawak Masih Belum Dimuktamadkan, SPR Terus Membisu

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Guru Rempuh Pelajar Hingga Maut Direman 2 Hari

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 16 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad