web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KPM Nafi Guna TikToker, Rakaman Suara UMBI Dibuat Lebih Awal - Fadhlina

Pendidikan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Feb 2023 10:40AM

Fadhlina bercakap kepada media semasa meninjau hari pertama peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di SMK Jalan Empat di Bandar Baru Bangi, hari ini. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) menegaskan proses rakaman suara bagi Ujian Mendengar Bahasa Inggeris (UMBI) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 dilaksanakan lebih awal, justeru dakwaan menggunakan pempengaruh TikTok tidak seharusnya timbul.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, isu integriti sentiasa dijamin dan menjadi keutamaan bagi penghasilan pelbagai bentuk ujian untuk tujuan peperiksaan utama di sekolah.

“Saya nak buat penegasan semula bahawa proses ujian itu dengan merakam atau merekod telah pun dilaksanakan lebih awal. Jadi tidak timbul isu pempengaruh TikTok tersebut.

“Integriti ini menjadi isu sebab itu di peringkat Lembaga Peperiksaan (LP) dan KPM, kita memastikan isu integriti ini berjalan dengan mengambil kira semua aspek. Keabsahan, kesahihan dan kredibiliti suara direkod itu,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Fadhlina bercakap dengan calon SPM di SMK Jalan Empat di Bandar Baru Bangi, hari ini. - Gambar oleh Syeda Imran
Fadhlina bercakap dengan calon SPM di SMK Jalan Empat di Bandar Baru Bangi, hari ini. - Gambar oleh Syeda Imran

Beliau ditemui media selepas meninjau hari pertama peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di SMK Jalan Empat di Bandar Baru Bangi, hari ini.

Perihal UMBI SPM 2022 yang berlangsung pada 16 Februari lalu, tular di media sosial apabila sesetengah netizen mempersoal kredibiliti pelontar audio yang didakwa adalah pempengaruh TikTok, manakala calon peperiksaan pula berdepan masalah ketika ujian kerana pertuturan individu terbabit tidak jelas dan laju.

Semalam, LP turut menyangkal dakwaan menggunakan pempengaruh TikTok sebagai pelontar suara bagi UMBI SPM 2022.

LP memaklumkan pelontar suara yang digunakan dalam membina item atau instrumen UMBI SPM 2022 terdiri dalam kalangan guru, pensyarah, murid sekolah atau penuntut universiti serta mereka yang berwibawa dalam berbahasa Inggeris.

Seorang guru memeluk calon SPM di SMK Jalan Empat di Bandar Baru Bangi, hari ini. - Gambar oleh Syeda Imran
Seorang guru memeluk calon SPM di SMK Jalan Empat di Bandar Baru Bangi, hari ini. - Gambar oleh Syeda Imran

Mengulas lanjut Fadlina berkata, KPM menerima baik segala aduan berkenaan isu terbabit dan akan menambah baik proses pelaksanaannya pada masa akan datang.

“Insya-Allah, kita akan tambah baik dari semasa ke semasa sebab proses ini berlaku sebelum dan sudah lama lagi, jadi tidak timbul soal ‘TikTokers’ berkenaan,” katanya.

Dalam perkembangan berasingan, Fadhlina berkata, KPM sudah selesai menjalankan siasatan terhadap sekumpulan pelajar yang terbabit dalam aktiviti vandalisme di dalam bangunan sebuah sekolah di Pulau Pinang pada 18 Februari lalu.

Jelasnya, KPM kini sedang melakukan program intervensi khususnya memberi khidmat kaunseling kepada semua pelajar terbabit.

“Kita sudah selesai siasatan dan kita sudah panggil kanak-kanak ini, ibu bapa mereka dan sudah melakukan pelbagai intervensi.

“Proses intervensi ini juga sudah dilakukan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan kaunseling juga sudah kita susuli. Lepas ini kita lihat dari hasil kaunseling itu dan kita lihat apa yang menyebabkan mereka jadi begitu,” katanya.

Murid SMK Jalan Empat di Bandar Baru Bangi berkumpul sebelum menduduki kertas SPM  hari ini. - Gambar oleh Syeda Imran
Murid SMK Jalan Empat di Bandar Baru Bangi berkumpul sebelum menduduki kertas SPM hari ini. - Gambar oleh Syeda Imran

Terdahulu, Fadhlina melakukan lawatan ke sekolah berkenaan untuk memberi semangat kepada pelajar SPM selain meninjau persiapan sekolah memandangkan ia merupakan hari pertama peperiksaan tersebut.

Beliau turut mendoakan kejayaan buat 403,637 pelajar yang mula menduduki peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 hari ini hingga 15 Mac.

“Selamat maju jaya kepada semua dan saya doakan kejayaan pelajar SPM. Fokus, dengar dan sabar,” katanya. - Getaran, 20 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Ibu Muda Mangsa Kesalahan Seksual Perlu Kembali Sambung Pelajaran - Fadhlina

2

Pendidikan 6 bulan yang lalu

SPM Tidak Dimansuh, Kekal Kelayakan Tamat Sekolah Terpenting - Fadhlina

3

Rencana 7 bulan yang lalu

Puan Menteri, Berhentilah Beralasan Demi Anak-Anak Bangsa! 

4

Semasa 7 bulan yang lalu

KPM Beri Sokongan Emosi Kepada Pelajar Perempuan Disyaki Mangsa Rogol

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Berangkat Tunai Solat Jumaat Di Masjid Kariah Gunung Pasir, Seri Menanti

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Pemerintah Yang Sah - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad