web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 19 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Menteri Arah Kerosakan SK Cyberjaya Dibaiki, Ibu Bapa Pula Mahu Sekolah Ditambah

Pendidikan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jan 2023 3:51PM

Fadhlina meninjau keadaan semasa aset dan kemudahan sekolah SK Cyberjaya. - Gambar dari Twitter Fadhlina Sidek

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bahagian Pengurusan Aset Kementerian Pendidikan diarahkan supaya segera membaiki segala kerosakan yang berlaku di Sekolah Kebangsaan (SK) Cyberjaya.

Arahan itu dikeluarkan menteri berkaitan, Fadhlina Sidek selepas beliau meninjau keadaan semasa aset dan kemudahan sekolah berkenaan yang didapati mengalami banyak kerosakan, tengah hari tadi.

“Sebelum ke mesyuarat Kabinet hari ini, saya singgah ke SK Cyberjaya untuk melihat kemudahan dan keadaan semasa aset sekolah. Saya dapati banyak kerosakan yang berlaku.

“Saya telah meminta Bahagian Pembangunan dan Bahagian Pengurusan Aset KPM untuk mengambil langkah sewajarnya bagi menjamin keselesaan guru dan murid di SK Cyberjaya,” katanya menerusi satu ciapan di Twitter hari ini.

Fadhlina turut berkongsi beberapa foto semasa kunjungan beliau ke sekolah berkenaan di Twitternya.

Susulan perkongsian itu, beberapa pengguna Twitter turut menggesa Kementerian Pendidikan (KPM) agar membina sekolah baharu di Cyberjaya kerana sekolah sedia ada tidak cukup untuk menampung jumlah pelajar yang terlalu ramai.

“Bilangan pelajar semakin bertambah di Cyberjaya. Ibu bapa perlu berlumba mendapatkan tempat untuk anak di SK Cyberjaya. Mohon pertambahan sekolah di Cyberjaya.

“Di Cyberjaya juga masih belum ada Sekolah Rendah Agama (SRA). Mohon wujudkan SRA seperti di daerah lain,” kata Adillarozie.

Vote for SK Cyber 2 dan SRA. Makin ramai penduduk tapi sekolah terhad,” kata Rotivanila.

“Kelas anak kawan saya di SK Cyberjaya 1 sekarang dah 52 orang murid. Kelas Tahun 5.

“Saya rasa isu fasiliti yang YB (Yang Berhormat) sebutkan itu sangat berkait rapat dengan kepadatan murid di sekolah,” kata pula TheDivinequest.

Dalam pada itu, tidak kurang juga yang meminta Fadhlina agar memberi tumpuan kepada sekolah di kawasan pedalaman khususnya di Sabah dan Sarawak.

“YB bila free cuba rasa pergi pedalaman Sabah dan Sarawak. Rasa sendiri susah payah murid dan cikgu di sana. Dan lihat sendiri kedaifan fasiliti di sana,” kata Mzs_Saad.

“YB, tolong tengokkan lantai SMK Muara Tuang, Kota Samarahan Sarawak. Bangunan kayu dua tingkat lantai dah uzur, cikgu pun takut nak jalan takut roboh. Takat simen tu biasalah.

“Takut juga nanti ada pelajar yang jatuh lubang lantai kayu,” kata Azli_Sam. - Getaran, 4 Januari 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar