web statsweb stats

Berita Terkini

6 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tangani ‘Wifi Lembab’, Subsidi Yuran 40 Peratus Antara 7 Tuntutan Mahasiswa UM

Pendidikan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Dec 2022 3:23PM

Gesaan itu susulan peruntukan lebih RM5 bilion diterima Kementerian Pengajian Tinggi daripada kerajaan pada bajet mini baru-baru ini - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Angkatan Mahasiswa Universiti Malaysia (UM) menggesa Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin memenuhi tujuh tuntutan pihaknya, termasuk isu ‘wifi lembab’ di kampus, demi kesejahteraan mahasiswa di institusi pendidikan itu.

Katanya, gesaan itu susulan peruntukan lebih RM5 bilion diterima kementerian berkenaan daripada kerajaan pada bajet mini baru-baru ini. 

Menerusi kenyataannya, Angkatan Mahasiswa UM menuntut kementerian menambah baik jalur lebar (WiFi) di kampus universiti itu.

“Langkah penambahbaikan berkenaan bagi menyelesaikan masalah kelembapan wifi yang sudah sekian lama terjadi, terutama di ruangan pelajar mengulang kaji dan kolej kediaman di universiti awam (UA) terbabit,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Selain itu, Angkatan Mahasiswa UM menuntut pembinaan kolej kediaman baharu bagi pelajar UM dan subsidi rumah sewa kepada golongan sasar B40 serta M40 yang menetap di luar kampus sekitar Petaling Jaya dan Kuala Lumpur. 

“Bukan itu sahaja, pihak kami menuntut kementerian supaya mempercepat proses naik taraf setiap kolej kediaman dan renovasi di Kolej Kediaman Ke-13 UM yang masih terbengkalai sehingga ke hari ini,” katanya. 

Bagi tuntutan ketiga, Angkatan Mahasiswa UM menuntut penambahan sebanyak 10 bas, bagi mempertingkatkan kekerapan perjalanan bas di kawasan dalam kampus dan luar kampus serta mengurangkan masalah kesesakan. 

“Tuntutan keempat pula merangkumi subsidi yuran sebanyak 40 peratus kepada mahasiswa dari kalangan keluarga B40 dan M40 untuk mengurangkan kos serta bebanan mereka,” katanya.

Kesatuan pelajar tersebut turut menuntut pemberian subsidi harga tiket penerbangan kepada mahasiswa dari Borneo dalam kalangan B40 dan M40 yang ingin pulang ke negeri masing-masing, ketika musim perayaan.

Menurutnya, tuntutan seterusnya adalah membabitkan pemberian bantuan kewangan secara sekali bayar, selain perkhidmatan kaunseling kepada mahasiswa dan keluarga mereka yang terkena musibah serta bencana alam.

Tuntutan terakhir, katanya, memberikan pengurangan caj yuran terhadap mahasiswa yang sedang menjalani latihan industri di luar kampus. 

“Kami dari pihak Angkatan Mahasiswa UM menggariskan tujuh tuntutan ini demi kebajikan dan kemaslahatan mahasiswa.

“Tuntutan mereka (mahasiswa) ini seharusnya menjadi keutamaan pihak kementerian sebagai tunjang utama pembentukan hab pendidikan cemerlang di Malaysia dan di peringkat antarabangsa,” katanya. - Getaran, 26 Disember 2022

Sorotan

1

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

2

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

3

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

4

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad