web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Buli Pelajar: KPM Enggan Dedah Tindakan Diambil Kerana Hormati Permintaan Keluarga

Pendidikan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Dec 2022 8:06PM

Fadhlina Sidek (kanan) turut ditemani timbalannya, Lim Hui Ying. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) sudah mengambil tindakan tertentu berkenaan isu buli dibangkitkan seorang pelajar.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, insiden berkenaan diceritakan dalam sekeping surat bertulisan tangan, yang dikongsi dan dimuat naik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di media sosial beliau beberapa hari lalu.

Fadhlina bagaimanapun enggan mendedahkan jenis tindakan yang telah diambil pihaknya.

“Isu buli dibangkitkan kepada Perdana Menteri, memang sedang dalam pemerhatian kita. Kita sudah ambil tindakan tertentu.

“Cuma untuk keselamatan kanak-kanak itu kita tak boleh dedahkan apa tindakan (diambil) kerana  kita menghormati permintaan keluarga untuk melindungi mangsa ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas kementeriannya di sini, petang ini.

Turut hadir timbalannya, Lim Hui Ying.

Pada masa sama, Fadhlina berkata, KPM tidak akan berkompromi berkenaan isu buli, gangsterism, ekstremisme dan perkauman di sekolah.

“Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan kanak-kanak selamat di sekolah. Untuk itu kalau ada ugutan berbentuk racism (perkauman) dan ekstremisme, kita tidak akan teragak-agak mengambil tindakan serius.

“Dan pastinya kita akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengekang gejala ini daripada terus berlaku di sekolah,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, bagi mengekang gejala tidak sihat itu, KPM akan memberi penekanan kepada aspek karamah insaniah melalui pembentukan adab, akhlak dan integriti.

Katanya, menerusi penekanan itu, KPM yakin akan mewujudkan suasana harmoni yang akan menghindari gejala negatif seperti gangguan seksual, buli, ekstremisme, gengsterisme dan vandalisme.

“Sebab itu saya kata tadi, antara tumpuan bagimana kita nak menekankan kembali soal karamah insaniah dalam konteks adab, akhlak dan integriti.

“Kita nak kanak-kanak membesar dalam konteks harmoni, suasana sekolah yang selamat. Dan sebab itu kita percaya dengan adanya pembentukan adab, akhlak dan integriti, pastinya (dapat)mengatasi isu-isu ini termasuklah ekstremisme,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri meminta KPM menyiasat segera isu buli dihadapi pelajar sekolah.

"Terima kasih anakanda. Saya akan memohon KPM yang kini dikepalai oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek untuk siasat dalam kadar segera," katanya menerusi kenyataan di media sosial termasuk Twitter dan Facebook.

Menerusi satu ciapan yang dipadam tidak lama kemudian, Anwar berkongsi sekeping foto memaparkan sekeping surat bertulisan tangan, dikirim seorang pelajar sekolah rendah.

Dalam surat berkenaan, pelajar menyatakan dia dibuli beberapa pelajar sekolah lain.

Mangsa menjelaskan, situasi itu dilaporkan kepada guru namun tiada tindakan diambil, malah guru itu juga dilihat bersikap rasis.

Justeru dia memohon kepada Anwar untuk memastikan perkara itu tidak berlaku lagi. - Getaran, 15 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Ibu Muda Mangsa Kesalahan Seksual Perlu Kembali Sambung Pelajaran - Fadhlina

2

Semasa 2 bulan yang lalu

2 Pelajar Maut, KPM Arah IPG Henti Semua Aktiviti Ekstrem, Sukan Air

3

Pendidikan 2 bulan yang lalu

Tangguh Aktiviti Luar Jika Suhu Lebih 35 Selsius - KPM

4

Pendidikan 6 bulan yang lalu

SPM Tidak Dimansuh, Kekal Kelayakan Tamat Sekolah Terpenting - Fadhlina

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 5 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad