web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


RMT: Kadar Baharu Dilaksana Mulai 6 November Ini

Pendidikan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Nov 2022 2:00PM

Radzi berkata pelaksanaan kadar baharu ini memanfaatkan seramai 791,477 orang murid penerima RMT di seluruh negara. - Gambar dari Facebook Radzi Jidin

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kadar baharu Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dilaksanakan bermula Ahad ini.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, menerusi penetapan baharu itu, kadar bagi seorang murid dinaikkan daripada RM2.50 kepada RM3.50 untuk Semenanjung Malaysia.

Katanya, kadar untuk murid di Sabah, Sarawak dan Labuan bertambah daripada RM3 kepada RM4.

“Pelaksanaan kadar baharu ini memanfaatkan seramai 791,477 orang murid penerima RMT di seluruh negara.

“Pelaksanaan kadar baharu RMT bermula 6 November. Alhamdulillah, usaha KPM untuk menaikkan kadar RMT dapat dilaksanakan pada tahun ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Radzi berkata, usaha itu adalah antara komitmen KPM di bawah kepimpinannya dalam memastikan kualiti makanan RMT kepada murid memerlukan adalah terjaga.

“Pelaksanaan kadar baharu ini juga pastinya memberi kelegaan kepada pengusaha kantin sekolah yang menyediakan RMT.

“KPM komited melakukan yang terbaik untuk kelestarian pendidikan anak-anak generasi pewaris negara,” katanya.

Ketika mengumumkan mengenai peruntukan RMT ketika Bajet 2023 pada 7 Oktober lalu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kenaikan kadar bantuan itu membabitkan peruntukan RM777 juta.

Jelasnya, peningkatan itu signifikan berbanding RM280 juta pada 2020, susulan peluasan penerima, kenaikan kadar dan penyediaan bekalan susu setiap hari.

RMT dilaksanakan sejak tahun 1979 bagi memastikan murid daripada keluarga kurang berkemampuan, memperoleh khasiat makanan diperlukan.

Kerajaan kemudian menambah baik RMT, termasuk menerusi pengumuman Bajet 2022 dengan menyediakan bekalan susu setiap hari persekolahan kepada kumpulan murid berkenaan.

Sebelum pembentangan bajet itu, Radzi berkata, cadangan mempertimbangkan kenaikan kadar RMT dibincangkan KPM dan Kementerian Kewangan (MOF), sebelum ia dibawa ke usul Belanjawan 2023.

Tegasnya, perkara itu memerlukan penelitian terperinci kerana mempunyai implikasi besar terhadap aspek kewangan.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan (KKM) mencadangkan agar kadar RMT bagi setiap murid dinaikkan kepada RM4 di Semenanjung serta RM5 di Sabah, Sarawak dan Labuan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, peruntukan sedia ada KPM bagi RMT, iaitu RM2.50 untuk murid di Semenanjung serta RM3 di Sabah, Sarawak dan Labuan adalah tidak mencukupi dalam menampung perbelanjaan kos bahan mentah semasa mengikut menu ditetapkan menerusi program berkenaan.

Cadangan dikemukakan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin itu turut disokong Setiausaha Persatuan Pengusaha Kantin Sekolah Malaysia (PPKSM), Siti Normah Md Desa yang memaklumkan, jika kadar RMT berkenaan tidak dinaikkan seiring peningkatan harga barang ketika ini, dikhuatiri lebih ramai pengusaha kantin enggan memperbaharui kontrak membekalkan makanan bagi program terbabit. - Getaran, 3 November 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad