web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Silibus Pembelajaran Tidak Boleh Ditukar Secara Kerap - Radzi

Pendidikan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Oct 2022 1:37PM

Radzi berkata penghasilan sesuatu silibus juga memerlukan proses kajian mendalam. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Silibus pembelajaran yang dibangunkan Kementerian Pendidikan (KPM) mempunyai kitaran dan tidak boleh diubah sesuka hati setiap tahun, kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Md Jidin.

Beliau berkata penghasilan sesuatu silibus juga memerlukan proses kajian mendalam yang melibatkan banyak pakar dan guru berpengalaman serta berkebolehan.

“Ini bukan silibus Radzi Jidin. Saya ingin jelaskan silibus yang digunakan hari ini bermula pada 2017 dan untuk bina silibus itu, telah ada perbincangan sebelum itu lagi.

“Jika silibus ditukar secara kerap, cikgu-cikgu serta murid-murid akan menghadapi kesukaran nak sesuaikan diri dengan silibus baharu.

“Jadi apa yang berlaku selama ini (silibus), apabila selesai satu pusingan maka penilaian akan dibuat untuk melihat keberkesanan silibus tersebut,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Inisiatif Reading Progress di sini hari ini.

Radzi berkata demikian mengulas soalan pemberita mengenai isu silibus Matematik yang dibangkitkan seorang guru Matematik Mohd Fadli Mohamed Salleh di media sosial yang dikatakan terlalu tinggi dan tidak selaras dengan kemampuan murid untuk memahami dan menguasainya.

Beliau berkata jika seseorang murid masuk Tahun Satu dengan silibus tersebut, mereka akan habiskan Tahun 6 dengan pendekatan silibus sama.

Menurut Radzi, KPM tidak pernah menutup ruang kepada guru untuk memberikan sebarang pandangan malah beliau sendiri turun padang bertemu guru bagi menyelesaikan sesuatu isu termasuk isu beg berat dalam kalangan murid.

“Banyak transformasi kita buat di kementerian (KPM) hasil berbincang dan dapat maklum balas daripada guru dan pihak yang terlibat. Untuk kata kita (KPM) tidak mendengar pandangan daripada guru, saya rasa itu tidak tepat,” katanya.

Mengulas mengenai dakwaan berlaku penyelewengan di kementeriannya, beliau berkata pihaknya terbuka mengenainya dan Ketua Setiausaha KPM Datuk Yusran Shah Mohd Yusof telah mengambil tindakan seperti arahannya supaya membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Kami terbuka, tidak ada apa yang saya nak khuatirkan sebab itu KSU telah mengambil tindakan seperti yang diarahkan sebab kita nak pastikan imej KPM baik. Mesej kita setiap sen duit rakyat mesti dikembalikan kepada rakyat sangat mudah.

“Saya berada di sini, menjalankan khidmat negara. Saya tidak ada tujuan lain, ada tuduhan SPRM pergilah siasat apa yang ada di sana (KPM),” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Abdul Halim Mulakan Tugas Ketua SPRM, Lantikan Kontrak 2 Tahun

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Tamat Tugas Secara Rasmi, Azam Baki Ingatkan Jangan Sabotaj Ketua SPRM Baharu

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjanjian RM1.1 Bilion: Rafizi Sambung Beri Keterangan Di SPRM

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Siasatan Perjanjian Senjata RM1.1 Bilion Diperhebat, Rafizi Dipanggil Untuk Soal Siasat 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 22 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad