web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KPM Mohon Kadar RM2.50 RMT Ketika Ini Disemak Dalam Bajet 2023

Pendidikan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Sep 2022 3:01PM

KPM memohon kerajaan menyemak semula kadar baharu RMT memandangkan kadar RM2.50 pada masa ini sudah lama. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kadar baharu Rancangan Makanan Tambahan (RMT), peranti untuk guru dan infrastruktur bagi sekolah pendidikan khas, antara permohonan yang dikemukakan Kementerian Pendidikan (KPM) kepada Kementerian Kewangan (MOF) untuk dimasukkan dalam Bajet 2023 yang akan dibentangkan 7 Oktober ini. 

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata pihaknya berpandangan kadar RMT perlu disemak semula memandangkan kadar RM2.50 pada masa kini dilihat sudah lama tidak disemak dan peningkatan kos yang perlu ditanggung pengusaha kantin. 

"Kita mohon supaya kadar RMT dilihat semula, ditambah baik kerana kita sedar di luar sana ramai pengusaha kantin yang sampaikan tentang perkara ini kepada kita, itu merupakan satu perkara yang kita mohon untuk dipertimbangkan oleh MOF dalam bajet.

"Bila berlaku peningkatan kos itu antara perkara yang mereka (pengusaha kantin) sampaikan bahawa jumlah ini kecil dan impaknya lebih ketara untuk sekolah yang murid tak ramai, kalau ramai buffer lebih besar. Sekolah dengan murid tak ramai dengan kadar tersebut ini yang lebih terkesan," katanya kepada media selepas Majlis Wadah Aspirasi Menteri Kanan Pendidikan di  sini hari ini.

Dr Radzi Jidin
Dr Radzi Jidin

Radzi berkata KPM juga berharap agar permohonan peranti untuk guru dapat dipertimbangkan untuk dimasukkan dalam Bajet 2023 memandangkan sistem pendidikan negara sedang bergerak ke arah digitalisasi.

"Sebelum ini kita lihat kakitangan awam yang lain umumnya ada disediakan ‘workstation’ atau komputer riba kepada mereka kalau yang bekerja di pejabat, namun begitu dalam konteks guru ini, tiada peranti atau komputer disediakan.

"Bila bercakap tentang digitalisasi kita ambil kira semua pihak termasuk komponen paling utama iaitu guru-guru," katanya. 

Dalam pada itu, Radzi berkata KPM juga berharap agar kerajaan dapat memberi perhatian terhadap keperluan murid bekeperluan khas terutamanya melibatkan infrastruktur sekolah pendidikan khas yang dilihat ketinggalan jauh berbanding negara lain.

"Kita sedar pendidikan khas ini ada jurang dengan negara yang lebih terkedepan dan kita masih jauh sebab itu kita mohon peruntukan untuk lonjakkan pendidikan khas ini ke tahap yang lebih tinggi.

"Jika dahulu kadang-kadang sekolah berkeperluan khas ini tak banyak infrastruktur, ada empat infrastruktur khas itu minimum, jadi ini merupakan satu daripada komponen yang kita minta lihat diberi perkara khusus," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad