web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Fasa Pertama Pemasangan Lokar Untuk Murid Tahun 1 Dan 2, Hujung Bulan Ini - Radzi

Pendidikan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Sep 2022 6:49PM

Pemasangan lokar fasa pertama adalah untuk murid Tahun Satu serta Dua dan dijangkakan inisiatif berkenaan dapat dilaksanakan sepenuhnya menjelang Oktober. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Fasa pertama pemasangan lokar di sekolah rendah yang beroperasi secara dua sesi akan dilaksanakan mulai akhir bulan ini, kata Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin.

Beliau berkata pemasangan lokar secara berperingkat itu dilaksanakan sebagai salah satu daripada tujuh inisiatif Kementerian Pendidikan (KPM) untuk menangani isu beg berat murid sekolah.

Katanya, fasa pertama pemasangan lokar adalah untuk murid Tahun Satu dan Dua dan menjangkakan inisiatif berkenaan dapat dilaksanakan sepenuhnya menjelang Oktober ini.

“Senarai sekolah pada fasa pertama belum dimuktamadkan dan ia akan diumumkan kelak.” katanya selepas sesi libat urus dengan editor kanan media di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Radzi, berkata kebanyakan majlis agama Islam negeri bersetuju agar pakaian seragam sekolah kebangsaan digunakan bagi kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA).

Bagi memperkasakan sekolah harian yang tidak memenuhi kapasiti sebenar jumlah pelajar, Radzi berkata KPM akan menambah baik pembangunan infrastruktur agar sekolah berkenaan akan menjadi pilihan ibu bapa.

“Kaedah ini adalah bagi mengatasi persepsi ibu bapa yang memilih untuk menghantar anak ke sekolah lebih jauh berbanding sekolah berhampiran kawasan kediaman kerana menganggap sekolah berdekatan kurang berprestasi,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar