web statsweb stats

Berita Terkini

22 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 22 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dana GE KPT Buka Peluang Graduan Miliki Pekerjaan 

Pendidikan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jul 2022 9:14PM

Dr Ahmad Fauzi Ismail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Program Dana Intervensi Kebolehpasaran Graduan (GE) Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) membuka ruang dan peluang yang luas kepada graduan bagi memperoleh pekerjaan.

Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Datuk Ts Dr Ahmad Fauzi Ismail berkata, mereka bukan sahaja berpeluang memperoleh sijil profesional atau kompetensi, malah mereka turut diberi penempatan pekerjaan sebaik tamat menjalani latihan. 

Menurut beliau, insiatif itu dilihat mencapai sasaran selepas merekodkan GE tertinggi di Malaysia dengan kadar 97.9 peratus bagi mahasiswa UTM.

“UTM sentiasa tekal dalam menjadikan kebolehpasaran pelajar dan graduan sebagai antara fokus utama universiti. Pelbagai usaha dilaksanakan bagi memastikan bakal graduan dilengkapi pelbagai kompetensi yang dapat memberi nilai tambah dalam memenuhi keperluan pasaran kerjaya.

“Antara inisiatif adalah melalui program train and place, iaitu perisian di bawah Dana Intervensi Kebolehpasaran KPT. Menerusi dana ini, UTM telah menggerakkan pelbagai program upskilling dan reskilling seterusnya membantu penempatan pekerjaan graduan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Pelancaran Portal On Demand Learning (ODL), Air Asia Academy dan Penyerahan Penempatan Pekerjaan Program Transformasi Digital Graduan Universiti yang dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad di sini, hari ini.

Aireen Omar
Aireen Omar

Sementara itu, Presiden (Ventures) Capital A dan Ketua Pegawai Eksekutif Akademi AirAsia, Aireen Omar berkata, pelaksanaan Program Transformasi Digital Graduan dengan kerjasama UTM diadakan demi memainkan peranan sebagai pemain industri untuk menawarkan kursus yang mendapat permintaan tinggi.

Menurut beliau, mereka mahu memainkan peranan penting mengubah landskap pendidikan konvensional, dengan tidak hanya dengan merapatkan jurang antara pendidikan tinggi dan pemain industri, tetapi turut menawarkan akses lebih mudah untuk kursus yang menerima permintaan tinggi. 

Akademi AirAsia katanya, tidak ketinggalan menjalinkan kerjasama dengan pelbagai pihak industri dan agensi kerajaan untuk “upskill” dan “reskill” hampir 6,000 pelajar serta individu yang telah bekerja dengan pelbagai kemahiran penting bagi memacu Revolusi Perindustrian 4.0 (IR 4.0).

“Ini termasuk kira-kira 200 pelajar yang mengikuti program semasa anjuran Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) dan juga UTM. Program ini telah berjaya menempatkan graduan dalam bidang pemasaran digital, kejuruteraan perisian dan analitik data di pelbagai syarikat teknologi dalam jangka masa singkat.

“Semua ini mungkin tidak akan tercapai tanpa sokongan dan komitmen bersungguh-sungguh dari Kementerian dan UTM dan telah menunjukkan kepercayaan penuh kepada kami sebagai penyedia pendidikan kendiri yang diyakini dalam bidang digital di negara ini,” katanya. - Getaran, 7 Julai 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad