web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


UM 70 Terbaik Dunia, Naik 11 Anak Tangga Skor Reputasi Majikan

Pendidikan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jun 2022 11:52AM

Universiti Malaya - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Universiti Malaya (UM) mengekalkan kedudukannya dalam kalangan 100 universiti terbaik dunia untuk tahun kelima berturut-turut mengikut penarafan Quacquarelli Symonds World University Rankings (QS-WUR) 2023.

Pencapaian tersebut bermakna UM terus mendahului institusi pengajian tinggi (IPT) lain dalam negara.

Namun, UM jatuh lima anak tangga dan kini berada di kedudukan ke-70 dalam kedudukan QS-WUR 2023 yang dikeluarkan 9 Jun lalu.

Ini disebabkan pengurangan dalam skor nisbah Pelajar Fakulti (67.8, turun daripada 76.5) dan skor nisbah Petikan Setiap Fakulti (39.4, turun daripada 49.6).

Skor bagi peratusan Kakitangan Antarabangsa kekal tidak berubah pada 43.6 tetapi merosot ke tangga 388 dari segi ranking (jatuh 76 anak tangga berbanding tahun lalu).

Bagaimanapun, skor Pelajar Antarabangsa (53.0, meningkat 10.4 berbanding tahun lalu) menunjukkan bahawa UM semakin diterima baik golongan terbabit sebagai destinasi pilihan dan petanda baik untuk masa depan.

Bagi Reputasi Majikan pula, UM naik 11 anak tangga dengan menduduki tempat ke-35 sekaligus menunjukkan universiti terbabit merekodkan reputasi cemerlang di kalangan ahli akademik dan majikan dunia.

Dr Mohd Hamdi Abd Shukor
Dr Mohd Hamdi Abd Shukor

Naib Canselor UM, Profesor Datuk Ir Dr Mohd Hamdi Abd Shukor meluahkan rasa gembira dengan pencapaian tersebut terutamanya peningkatan dalam petunjuk prestasi Reputasi Majikan.

Katanya, ia menunjukkan UM berjaya melengkapkan pelajar dengan pendidikan berkualiti yang menyediakan persediaan berharga untuk pasaran pekerjaan.

“Kami akan terus melaksanakan komponen pengajaran dan pembelajaran yang lebih mantap melalui intervensi ketepatan untuk menyesuaikan pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi memupuk potensi pelajar ke tahap terbaik.

“Kami juga akan menyediakan peluang kepada pakar, pengamal industri, alumni dan pihak berkepentingan terkenal dalam industri dan bidang berkaitan untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman mereka dengan pelajar,” katanya menerusi kenyataan.

Pada masa sama, beliau berkata, pihaknya memandang serius penurunan indikator Pelajar Fakulti dan Petikan Setiap Fakulti.

Katanya, UM akan mengambil semua langkah yang diperlukan bagi memulihkan kelemahan tersebut.

“Kami sedang berusaha untuk mengurangkan kemerosotan selanjutnya dalam impak penerbitan penyelidikan dan telah mengenal pasti faktor yang memerlukan perhatian segera.

“Kami turut memberi tumpuan untuk menggandakan produktiviti penyelidikan dengan menyediakan lebih banyak geran penyelidikan,” katanya.

Menurut beliau, usaha untuk menyelenggara dan menaik taraf kemudahan sedang dijalankan selain mendapatkan pekerjaan bagi felo dan penyelidik pasca doktoral yang baik bagi menyumbang kepada penyelidikan berimpak tinggi.

“Selain itu, kami akan bekerja secara agresif untuk menguruskan nisbah Fakulti kepada pelajar ke tahap yang lebih optimum bersesuaian dengan bilangan kakitangan sepenuh masa kami.

“Kami juga akan berusaha untuk menarik, merekrut, dan mengekalkan kakitangan antarabangsa yang berkualiti di semua peringkat,” katanya.

Sementara itu, beliau turut mengucapkan tahniah kepada 24 IPT dalam negara yang turut tersenarai tahun ini dengan kebanyakannya berjaya meningkatkan kedudukan masing-masing.

Dalam laporan QS-WUR 2023, Universiti Putra Malaysia (UPM) melonjak dari 143 ke 123 manakala Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melonjak dari 144 ke 129.

Kedudukan Universiti Sains Malaysia (USM) meningkat daripada 147 ke 143 tetapi Universiti Teknologi Malaysia (UTM) jatuh daripada 191 kepada 203.

Sementara itu, Taylor's University dinamakan universiti swasta nombor satu di Asia Tenggara untuk tiga tahun berturut-turut, menduduki tempat ke-284 keseluruhan daripada tempat ke-332 tahun lalu.

Universiti USCI pula naik daripada tempat ke-347 kepada tempat ke-284 manakala Universiti Teknologi Petronas daripada tempat ke-414 kepada tempat ke-361. - Getaran, 11 Jun 2022

Sorotan

1

Buli: 4 Pelajar MRSM Dibuang Maktab, 2 Digantung Sekolah - Asyraf Wajdi

2

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

3

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

4

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

5

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

6

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lebih 4,500 Kes Kanak-Kanak Hilang Direkod Antara 2021 - 2025

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Dewan Rakyat Kecoh, Statistik Jenayah Seksual Babit Kanak-Kanak Di Kelantan Cetus Pertikaian

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Keputusan Rayuan Akhir Kes Syed Saddiq 13 Julai

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

oleh Sophia Ahmad