web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Semak Status Akreditasi Program Ditawar IPTS Elak Berputih Mata - MQA

Pendidikan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jun 2022 9:00AM

Lepasan SPM dan STPM dinasihatkan supaya membuat semakan program yang ditawarkan menerusi SMS atau WhatsApp bagi memastikan pengiktirafan agensi terbabit. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tidak semua kursus atau program akademik ditawarkan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di negara ini, mendapat status akreditasi penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Ketua Pegawai Eksekutif MQA, Profesor Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran berkata, atas sebab itu lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), dinasihatkan membuat semakan program ditawarkan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) atau aplikasi WhatsApp secara atas talian bagi memastikannya mendapat pengiktirafan agensi terbabit.

Katanya, semakan itu adalah bagi mengelakkan mereka tertipu dengan tawaran ‘janji manis’ institusi pengajian tinggi (IPT), terutamanya IPTS yang tidak mendapat pengiktirafan sijil daripada MQA.

“Saya setuju dalam keadaan zaman sekarang, ramai individu cuba mengambil kesempatan daripada keghairahan orang lain yang ingin melanjutkan pengajian untuk mendapat keuntungan segera. Kita tidak mahu nasi menjadi bubur.

“Jadi saya suka guna konsep tabayyun. Apabila menerima sesuatu maklumat, jangan terus melatah. Semak daripada punca asal atau mereka yang bertanggungjawab mengawal selia maklumat tersebut.

“Dalam konteks pendidikan tinggi negara, pelajar boleh membuat semakan di laman web MQA. Tindakan itu amat dialu-alukan. Tidak merugikan pun dan proses itu hanya mengambil masa lima hingga 10 minit,” katanya kepada Getaran.

Dr Mohammad Shatar Sabran
Dr Mohammad Shatar Sabran

Menurut beliau, sekiranya program ditawarkan tidak disenaraikan dalam Sistem Pengiktirafan Kelayakan Perkhidmatan Awam atau eSisraf, pelajar diminta menghantar emel kepada [email protected] untuk semakan.

Jelasnya, ada universiti atau kolej (swasta) yang sememangnya tidak tersenarai kerana adalah mustahil untuk MQA memasukkan semua IPT di dunia, namun ia hanya membabitkan institusi di luar negara.

Sekiranya itu berlaku, katanya, pelajar perlu menghantar emel supaya pihaknya berhubung dengan ‘counterpart’ (rakan kerjasama) di negara tersebut bagi melakukan semakan.

“Tetapi secara umumnya, IPT dalam negara tiada masalah. Program yang mendapat akreditasi sudah tersenarai dalam eSisraf, pelajar perlu buat semakan sahaja,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut menasihati pelajar supaya tidak melakukan sebarang transaksi secara atas talian sekiranya diminta berbuat demikian.

“Semua orang boleh buat deklarasi mereka ada itu, mereka ada ini. Kadang-kadang saya tengok trend minta wang pendahuluan RM200 atau RM300 sahaja untuk membolehkan apa yang dipanggil ‘proses’ dilaksanakan.

“Tapi kita kena ingat kalau dah 1,000 orang yang memohon kemudian bayar RM300, berapa ribu mereka dapat. Jadi perkara macam ini, kita juga perlu berhati-hati untuk mengelak menjadi mangsa penipuan pihak tertentu,” katanya.

Malah Mohammad Shatar berkata, adalah menjadi kesalahan sekiranya terdapat IPTS menawarkan program tertentu kepada pelajar yang tidak setaraf dengan kelayakan mereka.

“Kalau IPTS nak menawarkan program, ia tertakluk kepada peraturan ditetapkan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Misalnya kalau nak ambil satu program tertentu, syarat kelayakan ditetapkan kementerian terbabit.

“Jika diambil juga pelajar di bawah kelayakan mereka, institusi terbabit akan didenda kerana menyalahi peraturan. Jadi tak sewenang-wenangnya IPTS tawar kemasukan pelajar secara membuta tuli,” katanya.

Terdahulu, seorang individu dikenali sebagai Jenifer Lawrence berkongsi taktik penipuan terbaharu menyasarkan lepasan SPM dan STPM di Facebook.

Dakwanya, sindiket tersebut mengemukakan surat tawaran rasmi universiti atau kolej swasta menyerupai universiti awam (UA) kepada mangsa.

Lebih membimbangkan, sindiket penipuan itu turut menyamar sebagai kakitangan UA dan menghantar SMS atau WhatsApp menawarkan kursus diploma serta ijazah sarjana muda dengan pakej menarik.

Malah, individu terbabit mendedahkan antara intipati surat tawaran kebiasaannya akan menggunakan logo kerajaan atau logo UA, selain ada istilah kerjasama dengan universiti tempatan bagi memikat pelajar.

Mereka juga didakwa menggunakan pejabat agensi kerajaan sebagai taklimat atau pendaftaran sebagai modus operandi, selain menawarkan yuran percuma kepada mangsa. - Getaran, 11 Jun 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad