web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Awas Taktik Scammer Tawar Peluang Ke IPTS Guna SMS, WhatsApp!

Pendidikan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jun 2022 12:39PM

Lepasan SPM dan STPM perlu berhati-hati dengan taktik penipuan tawaran kemasukan ke IPTS menerusi SMS dan WhatsApp. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dinasihati tidak terperdaya dengan taktik penipuan tawaran kemasukan ke institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) atau aplikasi WhatsApp.

Tokoh Pendidikan, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, lepasan peperiksaan itu seharusnya menghubungi kolej atau universiti terbabit untuk mendapatkan pengesahan atau maklumat berkaitan, sekiranya tawaran tersebut mencurigakan.

“Memang sekarang banyak (tawaran) terutama IPTS, mereka ada pasukan pemasaran, jadi mereka nak pasarkan produk universiti masing-masing. Tidak dinafikan ada juga universiti dan kolej swasta yang mengambil pelajar dua kali setahun.

“Namun untuk mengelakkan sebarang unsur penipuan dan ada pihak cuba mengambil kesempatan, sebaik sahaja pelajar dapat maklumat tawaran itu, mereka perlu hubungi pihak berkaitan. Itu pada saya lebih selamat,” katanya kepada Getaran.

Alimuddin Mohd Dom
Alimuddin Mohd Dom

Menurut beliau, pelajar perlu mengelak daripada membuat sebarang transaksi pembayaran sebagaimana dinyatakan dalam SMS dan WhatsApp diterima.

“Elakkan buat apa-apa pembayaran. Itu tak betul kerana pembayaran akan dibuat sebaik sahaja pelajar diterima masuk ke mana-mana kolej atau universiti swasta.

“Tiada transaksi pembayaran secara online dan sebagainya. Jadi seelok-eloknya dapatkan maklumat berkaitan tawaran diterima dan berhati-hatilah,” katanya.

Mengenai tawaran diterima meskipun permohonan ke IPTS terbabit tidak dibuat, Alimuddin berkata, terdapat sesetengah universiti mahupun kolej swasta membuka permohonan kemasukan pelajar lebih awal.

“Belum dapat keputusan SPM atau STPM pun pihak institusi berkenaan dah tawar kemasukan ke universiti mahupun kolej swasta. Memang betul. Kadang-kadang mereka buka permohonan sahaja, bila dapat keputusan (peperiksaan) barulah pelajar mendaftar.

“Mungkin itu pra pendaftaran. Jadi bila daftar dulu tak perlu bayar apa-apa. Keputusan keluar, kalau sesuai dengan tawaran barulah pelajar boleh pergi. Kalau keputusan tak sesuai, kolej atau universiti takkan benarkan sebab tak selari dengan kelayakan kursus ditawarkan,” katanya.

Dr Zainal Mado
Dr Zainal Mado

Sementara itu, Timbalan Dekan (Pengajian Siswazah, Jaringan Industri dan Masyarakat) Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Zainal Madon turut mengingatkan pelajar agar membuat pertimbangan secara bijaksana sebelum menerima tawaran tersebut.

Malah katanya, pelajar berhak menolak tawaran berkenaan sekiranya terdapat maklumat mencurigakan.

Katanya, ibu bapa dan pelajar perlu lebih berhati-hati kerana tawaran itu boleh dikeluarkan walaupun tak dimohon, malah ia adalah hak mereka sebagai pengguna untuk menerima atau menolaknya.

“Pelajar terutamanya dengan bimbingan ibu bapa, jangan sampai terperangkap tawaran yang diberikan. Tak perlu tergesa-gesa untuk mendaftar kerana banyak masa lagi. Banyak peluang lain menanti,” katanya.

Tegas beliau, pelajar juga tidak perlu memberikan maklumat peribadi sewenang-wenangnya seperti diminta pihak yang menghantar tawaran tersebut.

“Bagi saya, mereka mungkin dapat maklumat asas. Kemungkinan kita kadang-kadang terlalu baik hati, bila kita pergi mana-mana pameran, kita catat nama dan nombor telefon. Jadi mungkin mereka dapat data daripada sumber itu.

“Namun selagi tidak masuk ke mana-mana institusi, selagi itulah tak perlu dedahkan maklumat terperinci. Salah tu. Tak ada keperluan universiti nak pegang data seperti di sekolah. Universiti hanya beri tawaran dan sediakan tempat belajar. Itu jelas,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut mengingatkan pelajar supaya menentukan ‘hala tuju’ mereka bersesuaian dengan keputusan SPM dan STPM masing-masing.

“Apa pun kita perlu tahu selepas keputusan diumumkan barulah kita tentukan laluan mana kita nak pergi. Ada banyak laluan…diploma, matrikulasi, asasi dan latihan kemahiran seperti latihan perguruan. Semua itu ada saluran berkerjaya.

“Jadi tunggu dulu, jangan panik. Tak perlu tergesa-gesa walaupun pendaftaran RM100, RM50 atau percuma sekalipun kerana nak buat satu laluan kerjaya bermula dengan pendidikan yang kita masuk. Jadi adakah sesuai dengan kita, adakah itu kita nak? Saya rasa itu penting, hak kita sebagai pengguna,” katanya.

Terdahulu, seorang individu dikenali sebagai Jenifer Lawrence berkongsi taktik penipuan terbaharu menyasarkan pelajar lepasan SPM dan STPM di Facebook.

Dakwanya, sindiket tersebut mengemukakan surat tawaran rasmi universiti atau kolej swasta menyerupai universiti awam (UA) kepada mangsa.

Lebih membimbangkan, sindiket penipuan itu turut menyamar sebagai kakitangan UA dan menghantar SMS atau WhatsApp menawarkan kursus Diploma dan Ijazah Sarjana Muda dengan pakej menarik.

Malah individu terbabit turut mendedahkan antara intipati surat tawaran kebiasaannya akan menggunakan logo kerajaan atau logo universiti awam, selain ada istilah kerjasama dengan universiti tempatan bagi memikat pelajar.

Mereka juga didakwa menggunakan pejabat agensi kerajaan sebagai taklimat atau pendaftaran sebagai modus operandi, selain menawarkan yuran percuma kepada mangsa. - Getaran, 9 Jun 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan