web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Perkenal Kursus Anti Rasuah Di Sekolah Rendah

Pendidikan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jun 2022 3:12PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Parti Bangsa Malaysia (PBM) mencadangkan Kementerian Pendidikan (KPM) memperkenalkan Kursus Integriti dan Pencegahan Rasuah di peringkat sekolah rendah, bagi melahirkan generasi anti serta bebas rasuah.

Setiausaha Agung PBM, Nor Hizwan Ahmad berkata, usaha itu lebih mudah untuk memupuk kesedaran mengenai gejala rasuah bermula di peringkat kanak-kanak.

Katanya, langkah mendedahkan subjek itu kepada pelajar di institusi pengajian tinggi dan mewajibkannya dalam kalangan golongan terbabit mungkin sudah terlambat.

“Mereka yang berusia lewat remaja atau awal 20-an, kebiasaannya lebih sukar untuk menerapkan nilai seperti menolak rasuah.

“Walaupun mereka menduduki subjek terbabit di universiti atau mendapat markah cemerlang, ia tidak bermakna mereka akan menghindari diri dari gejala merosakkan ini. Ia hanya bermakna bahawa mereka mempunyai pemahaman teori tentang subjek itu,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Nor Hizwan berkata, membentuk minda generasi lebih muda sebaliknya, jauh lebih mudah.

Menurutnya, jika pelajar di peringkat sekolah rendah didedahkan kepada subjek tersebut lebih awal, kemungkinan besar mereka dapat menyerap nilai seperti ketelusan dan integriti dengan semakin baik.

Seperti kata pepatah ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’, pendedahan ini memungkinkan golongan itu mengamalkan apa dipelajari sepanjang hayat mereka.

“Apa pun, PBM menyambut baik pengumuman Jawatankuasa Khas Kabinet Pencegahan Rasuah bahawa Kursus Integriti dan Pencegahan Rasuah diwajibkan di semua institusi pengajian tinggi (IPT) mulai tahun hadapan,” katanya.

Mengulas lanjut, Nor Hizwan berkata, sejak beberapa dekad kebelakangan, pelbagai skandal rasuah melanda negara menyebabkan ketirisan mencecah berbilion ringgit.

Jelasnya, Indeks Persepsi Rasuah Malaysia jatuh kepada 62 pada 2021 berbanding dengan 57 pada tahun 2020.

Selain reformasi institusi, katanya, satu elemen penting dalam memerangi rasuah adalah mengubah minda rakyat Malaysia yang menyaksikan sesetengah mereka masih menganggap rasuah sebahagian daripada ‘budaya’ atau amalan ‘boleh diterima’.

“Mengubah minda ini memerlukan kita mempunyai rancangan jangka panjang yang merangkumi kempen pendidikan awal mengenai gejala rasuah,” katanya.

Kelmarin, Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Antirasuah memutuskan supaya Kursus Integriti dan Antirasuah diwajibkan di semua IPT bermula tahun depan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Norazlan Mohd Razali berkata, ia akan menjadi subjek sistematik dan berstruktur untuk pemahaman pelajar mengenai rasuah. - Getaran, 6 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Rogol Pelajar Tingkatan 3: ‘4 Pelajar Senior Itu Sudah Dibuang’ - KP

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Program Matrikulasi: Kuota Bumiputera Tidak Berubah - PM

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Semua Lepasan SPM Dapat 10 A Ke Atas Berpeluang Ke Matrikulasi - PM

4

Pendidikan 2 tahun yang lalu

6,034 Guru Lantikan Kontrak Ditempatkan Di Sekolah KPM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek