web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bantuan Bilik Guru RM8.88 Juta Perlu Manfaat Kebajikan Pendidik - GPMS Johor

Pendidikan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 May 2022 2:09PM

Onn Hafiz mengumumkan peruntukan Kerajaan Negeri Johor sebanyak RM8.88 juta untuk menaik taraf sebanyak 1,775 bilik guru di seluruh sekolah di Johor, sempena Sambutan Hari Guru dan Hari Raya Aidilfitri 2022 di Johor Bahru, semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Bantuan Khas Bilik Guru bernilai RM8.88 juta yang ‘dihadiahkan’ kerajaan Johor kepada sekolah di negeri itu, perlu disalurkan sebaik mungkin demi kebajikan warga pendidik.

Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Johor, Mohd Tarmizi A Razak berkata, bantuan itu juga diharap dapat digunakan semua sekolah di negeri berkenaan bagi memastikan bilik guru di institusi pendidikan terbabit dan kebajikan tenaga pengajar akan terus diperkasa.

Katanya, GPMS menyambut baik pengumuman Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berhubung penyaluran Bantuan Khas Bilik Guru sebanyak RM5,000 bagi setiap sekolah di Johor.

Mohd Tarmizi A Razak
Mohd Tarmizi A Razak

“GPMS Negeri Johor melihat ini adalah sebagai satu tanda penghargaan kerajaan negeri kepada semua guru di Johor yang berjumlah 53,130 orang, pada hari istimewa dalam hidup seorang guru, iaitu Sambutan Hari Guru.

“Dalam masa sama, GPMS Negeri Johor berterima kasih kepada Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor, Norliza Noh, atas usaha membantu dan memudahcara urusan kebajikan guru di negeri ini,” katanya menerusi kenyataan kepada Getaran.

Semalam, bersempena acara Sambutan Hari Guru 2022 bertemakan Guru Tunjang Sekolah Sejahtera peringkat Johor yang diadakan di Dewan Sultan Iskandar, Maktab Sultan Abu Bakar (MSAB), Onn Hafiz mengumumkan bantuan itu yang membabitkan 1,775 bilik guru di 1,190 sekolah.

Ia membabitkan sekolah di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) dan 585 Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor. – Getaran, 17 Mei 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 9 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad