web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


UPSI Sambut 5,714 Mahasiswa Dengan Penekanan Langkah Keselamatan

Pendidikan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 May 2022 12:37PM

Pelajar terlibat dengan proses Pergerakan Pulang Pelajar Fasa Dua adalah pelajar Ijazah Sarjana Muda yang ditentukan fakulti masing-masing.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Meskipun kes baharu harian COVID-19 semakin berkurangan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) tetap mengambil langkah keselamatan bagi memastikan seramai 5,714 mahasiswanya yang pulang ke kampus secara berperingkat sejak 8 Mei hingga hari ini, tidak dijangkiti virus itu.

Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata, usaha itu juga bagi memastikan warganya sentiasa berada dalam keadaan selamat sepanjang berada di kampus.

Katanya, penerimaan pelajar selama tiga hari itu disambut dan dipantau pihak pengurusan universiti, membabitkan Pusat Kesihatan, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Majlis Pengetua, Majlis Mahasiswa Kolej (MMK), Sekretariat Sukarelawan Siswa (SSS) serta diselia urus Bahagian Keselamatan, Bahagian Pengurusan Risiko dan Keselamatan (ROSH), selain Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni (BHEP).

“Pelajar terlibat dengan proses Pergerakan Pulang Pelajar Fasa Dua adalah pelajar Ijazah Sarjana Muda yang ditentukan fakulti masing-masing.

“Kriteria pelajar yang dibenarkan pulang ke kampus dipilih berdasarkan keperluan program pengajian, malah pelajar diwajibkan menjalani ujian nasal sewaktu proses pendaftaran bagi mengelakkan berlakunya jangkitan COVID-19,” katanya.

Menurut beliau, pihak pengurusan universiti masih menitikberatkan proses pergerakan pulang pelajar walaupun prosedur operasi standard (SOP) telah dilonggarkan.

“Ini bagi melindungi komuniti sosial agar berada dalam keadaan selamat di sekitar UPSI dan Tanjung Malim,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Madya Dr Norkhalid Salimin menjelaskan, pihaknya akan memastikan Pergerakan Pulang Pelajar Fasa 2 berjalan lancar seperti fasa satu sebelum ini.

“Pihak universiti mengalu-alukan kepulangan penuntut walaupun tidak semua dapat pulang ke kampus dan diharapkan kepulangan mereka akan memeriahkan kembali suasana yang sekian lama merindui keriuhan Anak Kandung Suluh Budiman,” katanya.

Menurut Norkhalid, proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) akan dilaksanakan secara hibrid dengan pematuhan SOP seperti diluluskan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Namun, katanya, pergaulan sesama pelajar tidak akan seperti dahulu kerana dibatasi SOP bagi mengelakkan jangkitan COVID-19.

“Kami juga akan mengambil langkah proaktif bagi memastikan persekitaran kolej dalam keadaan selamat dan kondusif agar pelajar berasa lebih selamat ketika berada di kampus atau di luar kampus di bawah pengawasan Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK),” katanya. - Getaran, 10 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Guru Rempuh Pelajar Hingga Maut Direman 2 Hari

2

Semasa 1 tahun yang lalu

15 Maut, Bas Dinaiki Penuntut UPSI Terbabit Nahas

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Lipat Ganda Reformasi Dasar Pembangunan, Tingkat Keyakinan Pelabur - PM

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kes Bunuh Nur Farah Kartini: 26 Saksi Dirakam Keterangan - KP Selangor

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 22 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad