web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


IPT Perlu Fikir Kaedah Terbaik Jaga kualiti Pengajian

Pendidikan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Apr 2022 3:21PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CYBERJAYA - Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) tempatan mempunyai autonomi dan bertanggungjawab dalam memastikan kualiti pengajian di institusi masing-masing terjamin.

Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran berkata, kualiti dalam pengajian tinggi termasuk membabitkan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP), peperiksaan serta penyelidikan. 

Beliau berkata, apabila negara dalam fasa peralihan ke endemik, maka pihak IPT wajar mempunyai perancangan peralihan kepada penyampaian asal program pengajian secara berperingkat.

Menurutnya, ia termasuk meminta pelajar datang ke kampus untuk tujuan PdP atau peperiksaan berdasarkan keperluan dan kesesuaian.

Dr Mohammad Shatar Sabran
Dr Mohammad Shatar Sabran

Katanya, Garis Panduan Penjagaan dan Pendidikan juga sudah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), namun beberapa pengecualian turut dibenarkan untuk pelajar yang tidak dapat hadir secara fizikal atas sebab tertentu.

“Dalam fasa ini, pihak pengurusan IPT wajar membuat keputusan untuk melaksanakan intervensi yang bersesuaian seperti peperiksaan secara fizikal bagi memastikan tahap pendidikan tinggi negara berada pada tahap terbaik

“Bagaimanapun, pada masa sama IPT turut perlu mengambil kira kebajikan semua pihak termasuk kakitangan dan pelajar,” katanya.  

Malaysia memulakan fasa peralihan ke endemik pada 1 April lalu yang menyaksikan kebanyakan aktiviti dibenarkan dengan syarat prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi, termasuk mendaftar menerusi aplikasi MySejahtera, memakai topeng muka dan mengekalkan penjarakan fizikal.

Mengulas lanjut, Mohammad Shatar berkata, MQA tidak berkompromi dengan kualiti dan pihaknya membuat penilaian secara berkala bagi memastikan setiap universiti tempatan berada pada tahap kualiti terbaik. 

Perkara itu, katanya, mampu membantu Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam usaha menarik minat pelajar antarabangsa untuk menjadikan negara ini destinasi mereka menyambung pengajian. 

“MQA akan sentiasa memantau dan menyokong hasrat semua institusi pengajian tinggi (IPT) yang mengutamakan penjagaan kualiti kerana kita mempunyai agenda untuk menjadi hab pendidikan global pada masa akan datang,” katanya. – Getaran, 14 April 2022
 

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Semasa 2 jam yang lalu

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran