web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mahasiswa B40 Redah Hutan Cari Internet Untuk Sahkan Kehadiran Di Konvokesyen

Pendidikan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Mar 2022 7:30PM

Jasri (tengah) berjaya membawa ibu bapanya menghadiri Majlis Konvokesyen UMS Ke-22 biarpun perlu meredah hutan dan bukit di Pensiangan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Kepayahan seorang mahasiswa kategori B40 meredah hutan dan bukit bagi mendapatkan liputan internet untuk pengesahan kehadiran ke majlis konvokesyen berbaloi, apabila dia berjaya menerima skrol diidamkan di Dewan Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), di sini, hari ini.

Jasri Mangi, 24, dari pedalaman Pensiangan berkata, dia sanggup berbuat demikian bagi memastikan kedua ibu bapanya, Mangi Ambalau dan Orom@Kapit Ampalus, masing-masing berusia 40-an, dapat hadir ke majlis konvokesyen UMS Ke-22, selepas dua tahun tertangguh ekoran pandemik COVID-19.

“Kejayaan saya hari ini lebih bermakna apabila dapat membawa ibu bapa masuk ke Dewan Canselor ini.

“Sukar digambarkan perasaan ketika itu, namun, apa yang penting saya mahu membuatkan mereka bangga apabila melihat saya di atas pentas menerima skrol,” katanya.

Penerima Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan dengan Kepujian, Fakulti Psikologi dan Pendidikan itu berkata, dia juga sanggup bekerja sambilan bagi mengumpul wang untuk digunakan sebagai perbelanjaan mereka sekeluarga sepanjang majlis konvokesyen berkenaan.

“Itu lumrah kehidupan kami di sini, dan sudah tiba masanya saya membalas jasa mereka berdua yang bertungkus lumus memastikan saya berjaya menamatkan pengajian di UMS," katanya.

Mengimbas kembali ketika menerima kunjungan wakil UMS bersama surat tawaran kemasukan universiti, Jasri memaklumkan bahawa beliau tidak menyangka ia titik permulaan yang mengubah pandangan hidupnya untuk terus berjaya.

“Tawaran diberikan UMS merupakan satu peluang terbesar dalam hidup ini.

“Perasaan saya bercampur-baur ketika itu, antara gembira kerana masuk universiti dan bimbang dengan kekangan kewangan kerana kami bukan keluarga yang senang,” katanya.

Jelas Jasri, kebimbangan itu bagaimanapun terhakis sedikit demi sedikit apabila menerima bantuan UMS untuk terus mengejar impian menamatkan pengajian.

“Saya berharap pihak UMS meneruskan usaha membantu pelajar dalam kalangan B40 meneruskan pelajaran di peringkat pengajian tinggi,” katanya.

Dalam pada itu Mangi menyifatkan anak keduanya itu sebagai seorang yang mempunyai semangat kuat dan menjadi contoh kepada adik beradik  lain.

“Saya sangat bangga melihat semangat dan ketekunannya untuk menamatkan pengajian di UMS.

“Dia adalah contoh baik yang boleh menjadi inspirasi adik-adiknya walaupun kami berasal daripada keluarga yang kurang berkemampuan,” katanya. - Getaran, 31 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Kaamatan Bukan Sekadar Perayaan Budaya, Tapi Lambang Perpaduan - Fadillah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Bayaran Interim Geran Khas Sabah Dinaikkan Kepada RM1.5 Bilion - PM

4

Semasa 1 minggu yang lalu

PM Lawat Sabah Esok, Rasmi Pesta Kaamatan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 20 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad