Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Umpama 'Hong Kong', Sekolah Venakular Wajib Guna Bahasa Rasmi

Pendidikan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Mar 2022 9:21AM

Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Warga pendidik di sekolah venakular wajar memperkasakan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar sekolah demi memartabatkan bahasa kebangsaan.

Penganalisis politik, Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah berkata, perkara tersebut harus dipandang serius oleh pelbagai pihak, khususnya Kementerian Pendidikan (KKM) walaupun penggunaan bahasa rasmi tidak dilaksanakan sepenuhnya.

Paling tidak, beliau mencadangkan waktu pengajaran dan pembelajaran (PdP) perlu ditambah dari 180 minit seminggu kepada 360 minit bagi membolehkan pelajar sekolah venakular menguasai bahasa kebangsaan.

“Semua pengumuman dan notis hendaklah mendahulukan bahasa Melayu daripada bahasa ibundanya. Dalam kata lain, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) tidak boleh beroperasi hanya dengan bahasa Mandarin.

“Ini kerana sampai bila-bila pun anak-anak atau murid Cina tidak akan dapat menguasai bahasa Melayu dengan baik. Mulakan dengan meletakkan nama SJKC dalam bahasa rasmi terlebih dahulu,” katanya kepad Getaran.

Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Menurut beliau, cadangan terbabit perlu dilaksanakan agar pelajar sekolah venakular tidak mendahulukan bahasa Mandarin berbanding bahasa Melayu.

“Kita mahu, jika apa jua usaha yang dilakukan masih tidak dapat memandaikan rakyat berkomunikasi dalam bahasa kebangsaan, sudah sampai masanya tindakan lebih tegas dengan menjadikan bahasa Melayu sebagai syarat untuk mendapatkan kewarganegaraan.

“Teramat malang sekali, masih ramai rakyat Malaysia, khusus orang Cina yang tidak boleh langsung berkomunikasi dalam bahasa rasmi,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Ridhuan memuji keberanian Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersuara dan komited dalam memartabatkan bahasa Melayu, yang sebelum ini tidak pernah dipandang serius oleh pemimpin terdahulu.

“Belum pernah saya lihat Perdana Menteri terdahulu bercakap akan kesungguhan mendaulatkan bahasa Malaysia di peringkat lokal dan global. Kesemua terlalu obses dengan bahasa Inggeris. Saya tidak nafikan kepentingan bahasa antarabangsa itu.

“Soalnya, bahasa kita sendiri bagaimana? Takkan nak dibiarkan merempat di negara sendiri sehingga lihat bahasa asing lebih mendominasi? Di Pulau Pinang dan Kajang, misalnya, sudah jadi macam Hong Kong dan Taiwan,” katanya.

Ridhuan menegaskan, pemimpin tertinggi UMNO juga perlu menyahut saranan daripada Naib Presidennya agar parti itu ‘menjuarai’ usaha memartabatkan bahasa rasmi bukan sahaja di Malaysia, malah persada dunia.

Tegasnya, pemimpin UMNO diharapkan agar tidak ‘berkokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi’, apabila terlalu obses dengan bahasa Inggeris sehingga bahasa Malaysia dianaktirikan.

“Seperti saranan Perdana Menteri, sudah tiba masanya kita perlu bangga dengan bahasa Malaysia. Justeru, tidak ada sebab untuk berasa janggal berbahasa kebangsaan walaupun di pentas antarabangsa kerana ‘bahasa jiwa bangsa’.

“Konsep itulah yang menjadi pegangan sampai mati pemimpin ultra kiasu, sebab itu mereka berjaya memartabatkan bahasa ibunda mereka sendiri meskipun berada di bumi orang,” katanya.

Sebagai rakyat, Mohd Ridhuan menyakini tindakan Ismail Sabri yang mahu menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua ASEAN.

Beliau berkata, ini kerana rakyat mengetahui kira-kira 300 juta penduduk di rantau itu menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan sekali gus menjadikan ia antara bahasa penutur teramai di dunia.

“Perkara ini sememang boleh dilakukan jika ada komitmen daripada semua pihak. Bukannya asyik berpolitik atau mahu berlagak menunjukkan dia boleh berbahasa Inggeris.

“Sudah tentu amat menyedihkan jika ada terdapat anak Melayu sendiri yang tidak dapat berkomunikasi dalam bahasa itu kerana terlalu obses dengan bahasa Inggeris,”katanya.

Pemimpin yang mendahulukan bahasa Inggeris, tegasnya, tidak layak untuk tinggal di Malaysia yang seharusnya mengutamakan bahasa Melayu ketika berada di tanah air.

Lantaran itu, beliau menegaskan setiap pemimpin perlu membuang pemikiran ultra kiasu yang memandang rendah terhadap kekuatan bahasa Melayu. 

“Kepada mereka, bahasa Melayu tidak ada nilai komersial, tidak boleh memperkayakan mereka. Orang sebegini tidak layak tinggal di Tanah Melayu. Mereka sepatutnya berada di negara yang menjadi pilihan bahasa utamanya.

“Kadang-kadang teramat sedih, apabila memperkatakan isu ini, ada dalam kalangan anak pemimpin Melayu sendiri yang tidak tahu berbahasa rasmi kerana terlalu obsess dengan sekolah antarabangsa yang menggunakan bahasa Inggeris.

“Ultra kiasu hanya berfikir soal duit. Kita memperkatakan soal pembinaan negara bangsa. Mereka yang bertuhankan duit akan lari, tetapi jika memikirkan pembinaan negara, akan tetap setia. Manakah yang kita mahukan,” katanya. – Getaran, 25 Mac 2022.

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 16 jam yang lalu

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

Politik 1 hari yang lalu

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

Semasa 1 hari yang lalu

2 Individu Ditahan, Bantu Siasatan Kes Pukul Warga Emas Nyanyuk

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 18 jam yang lalu

Kedutaan AS Sangkal Kenyataan Gilley, Malaysia Selamat Untuk Dilawati

oleh Wartawan Getaran