web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Guru Interim Bahasa Inggeris Dilantik Tetap Jika Penuhi Syarat

Pendidikan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Mar 2022 9:18PM

Guru interim Bahasa Inggeris yang tamat tempoh lantikan pada 21 April akan dilantik ke jawatan tetap jika lulus syarat dan temuduga. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Guru interim Bahasa Inggeris yang akan tamat tempoh lantikan pada 21 April depan, bakal diserapkan ke jawatan tetap sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG 41 sekiranya memenuhi syarat dan lulus temuduga. 

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, kumpulan pendidik itu perlu melepasi syarat penilaian Rangka Kerja Bersama Eropah Rujukan Bahasa (CEFR) pada tahap mahir, iaitu CEFR C1.

Katanya, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 menetapkan bahawa setiap murid yang melalui sistem pendidikan di negara ini perlu fasih berbahasa Melayu serta mahir berbahasa Inggeris pada tahap ‘independent proficiency’ mengikut takrifan CEFR.

“KKM menetapkan mulai tahun 2022, urusan pengambilan PPP baharu bagi opsyen Bahasa Inggeris perlu mengambil kira penguasaan calon untuk bahasa itu pada tahap CEFR C1.

“Berdasarkan ketetapan tersebut, guru interim Bahasa Inggeris dilantik pada 22 April 2019 dan akan tamat tempoh lantikan pada 21 April 2022 serta memenuhi syarat CEFR C1 dan lulus temuduga, bakal dilantik tetap sebagai PPP Gred DG41 oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP),” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Radzi berkata, bagi guru kumpulan sama yang tidak memenuhi syarat CEFR C1, mereka akan turut ditemuduga untuk tujuan lantikan tetap sebagai PPP Gred DG41.

Bagaimanapun, katanya, mereka perlu mencapai tahap CEFR C1 dalam tempoh percubaan, iaitu satu hingga tiga tahun untuk tujuan pengesahan dalam perkhidmatan.

“Kementerian sentiasa berusaha meningkatkan kompetensi guru Bahasa Inggeris bagi memberi impak kepada pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam bilik darjah.

“Ini secara langsung meningkatkan tahap penguasaan murid dalam Bahasa Inggeris seperti diaspirasikan berdasarkan piawaian antarabangsa CEFR,” katanya. - Getaran, 9 Mac 2022

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 14 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad