web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kemudahan Lokar, Penyusunan Semula Jadual Waktu Tangani Isu Beg Sekolah Berat

Pendidikan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Mar 2022 7:15PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas hampir tiga dekad, Kementerian Pendidikan (KPM) akhirnya tampil dengan tujuh pendekatan bagi menangani masalah beg sekolah berat di kalangan murid sekolah rendah secara menyeluruh.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin berkata, bagi pendekatan pertama, kemudahan lokar akan disediakan di sekolah rendah yang beroperasi secara dua sesi di seluruh negara.

Katanya, pendekatan itu akan dilaksanakan melalui dua fasa.

“Dalam Fasa 1, kemudahan itu akan disediakan untuk murid Tahap 1 iaitu Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3.

“Dalam konteks ini sebanyak 10,662 kelas dengan 323,186 murid di seluruh negara akan disediakan lokar masing-masing. Ini akan melibatkan peruntukan berjumlah RM37.3 juta,” katanya menerusi video yang dimuat naik di Facebook, hari ini.

Menurut beliau, bagi fasa dua pula, penyediaan lokar akan diperluaskan kepada murid Tahap 2 iaitu Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 di sekolah rendah yang beroperasi secara dua sesi.

“Pelaksanaan itu dijangka pada 2023. Bagi sekolah satu sesi pula, murid akan menyimpan buku di dalam laci meja di bilik darjah masing-masing,” katanya.

Jelas beliau lagi, pendekatan lain termasuk menyusun semula jadual waktu, melibatkan tiga atau empat mata pelajaran diajar sehari.

“Ini mengikut kaedah dan pelaksanaan yang sesuai terutama aspek pemberatan subjek, ketersediaan guru dan sesi persekolahan.

“Sekolah juga akan diberi kelonggaran untuk menyediakan jadual waktu mengikut kitaran minggu sebagaimana yang dilaksanakan sebilangan sekolah di bawah KPM,” katanya.

Mohd Radzi berkata, pihaknya juga menetapkan bilangan buku latihan hendaklah tidak melebihi dua buah buku bagi setiap mata pelajaran pada satu-satu masa dan setiap buku tidak melebihi 80 muka surat.

Katanya, setiap murid juga hanya dibenarkan menggunakan buku aktiviti yang disediakan KPM.

“Buku kerja hanya boleh digunakan sebagai rujukan atau bahan ulang kaji di luar waktu pengajaran dan pembelajaran (PdP),” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Radzi berkata, pihaknya juga menumpukan penerbitan baharu buku teks dalam format digital secara berterusan.

“Sehingga kini, sebayak 692 judul buku teks digital telah dimuat naik dalam pelantar Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa).

“Murid yang mempunyai peranti boleh mengakses buku teks digital melalui pelantar tersebut,” katanya.

Beliau berkata, guru juga digalakkan menggunakan pendekatan PdP berpusatkan murid iaitu pembelajaran bertema, modular, pembelajaran berasaskan projek, simulasi amali atau pembelajaran terbeza.

Katanya lagi, pihaknya turut bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi menangani aspek penyelarasan pakaian seragam.

“Kerjasama ini agar murid diberi kelonggaran untuk memakai pakai seragam sekolah masing-masing semasa sesi persekolahan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA),” katanya.

Susulan itu, beliau berkata, pihaknya akan memantau rapi pelaksanaan semua pendekatan tersebut bagi memastikan matlamat untuk mengurangkan isu beg berat dicapai.

“Pemantauan ini akan dilaksanakan sebuah pasukan petugas yang akan melaporkan secara berkala pelaksanaan inisiatif untuk mengurangkan beban beg berat murid.

“Kerjasama erat dengan ibu bapa atau penjaga bagi menangani tersebut juga akan dipertingkatkan. Malah sesi libat urus dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) akan turut dipertingkatkan sebagai satu pendekatan pemantauan,” katanya. - Getaran, 6 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

2 Pelajar Maut, KPM Arah IPG Henti Semua Aktiviti Ekstrem, Sukan Air

2

Pendidikan 2 bulan yang lalu

Tangguh Aktiviti Luar Jika Suhu Lebih 35 Selsius - KPM

3

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Sekolah Padat: KPM Rangka Intervensi Jangka Panjang, Pendek - Fadhlina

4

Semasa 2 tahun yang lalu

97.8 Peratus Projek Penyelenggaraan Tandas Sekolah Siap Sepenuhnya

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja