web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tidak Timbul Isu Akreditasi Program Pengajian UPM - MQA

Pendidikan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jan 2022 11:53AM

Graduan UPM tidak melepaskan peluang untuk bergambar selepas menerima ijazah masing-masing pada Istiadat Konvokesyen UPM ke-44, pada 3 Januari lalu. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Isu akreditasi program pengajian di Universiti Putra Malaysia (UPM) tidak sepatutnya ditimbulkan semula kerana universiti berteraskan pertanian itu mempunyai status swaakreditasi, kata Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran.

Beliau berkata, pihaknya tidak pasti apakah motif penularan semula artikel di sebuah portal dalam talian mengenai status akreditasi program UPM, walhal universiti awam (UA) itu dan MQA sudah mengeluarkan kenyataan balas hujung Mei tahun lalu.

“Universiti dengan status swaakreditasi sudah diluluskan untuk melakukan proses akreditasi sendiri dan bagi memastikan jaminan kualiti program ditawarkan mengikut standard maksimum, MQA melakukan audit secara berkala di universiti dianugerahi status itu,” katanya kepada Getaran.

Beliau berkata demikian ketika mengulas isu dakwaan seorang graduan mengatakan program ditawarkan UPM tidak mendapat pengiktirafan di luar negara yang ditularkan semula, baru-baru ini.

Dr Mohammad Shatar Sabran
Dr Mohammad Shatar Sabran

Mengulas lanjut Mohammad Shatar berkata, status swaakreditasi melayakkan institusi pengajian tinggi (IPT) untuk mengakredit program pengajiannya sendiri, kecuali program profesional yang memerlukan akreditasi serta pengiktirafan badan profesional relevan.

Beliau berkata, peruntukan undang-undang bagi MQA melaksanakan perkara berkaitan swaakreditasi termaktub dalam Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007 (Akta 679).

Katanya, di Malaysia terdapat 20 universiti awam (UA) serta ratusan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), dengan 19 IPT sudah mendapat status swaakreditasi daripada MQA.

“Selain lima universiti penyelidikan tempatan, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) turut mempunyai status swaakreditasi.

“Dengan status swaakreditasi, IPT berkenaan boleh menawarkan program yang dirasakan bersesuaian dan mendapat permintaan tinggi selepas melalui proses akreditasi serta dipersetujui senat universiti,” katanya. - Getaran, 15 Januari 2022

Sorotan

1

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

2

Pasport Baharu Dilancar, Malaysia Kekalkan Kedudukan Pasport Ketiga Terkuat Dunia

3

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

4

Lebih 4,500 Kes Kanak-Kanak Hilang Direkod Antara 2021 - 2025

5

Keputusan Rayuan Akhir Kes Syed Saddiq 13 Julai

6

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

Disyorkan untuk anda

Politik 14 jam yang lalu

Dewan Rakyat Kecoh, Statistik Jenayah Seksual Babit Kanak-Kanak Di Kelantan Cetus Pertikaian

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Mayat Dalam Bagasi: Mangsa Mati Akibat Tetakan Di Kepala

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 17 jam yang lalu

Manifesto PH Sudah Dimuktamad, Kebajikan Belia Antara Fokus Utama - Fuziah 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

oleh Wartawan Getaran