web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Murid Akan Jalani Ujian Saringan COVID-19 Mingguan Mulai Isnin Ini - Khairy

Pendidikan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Nov 2021 9:09PM

Mulai Isnin ini, murid sekolah rendah perlu menjalani ujian saringan COVID-19 secara mingguan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Murid sekolah rendah perlu menjalani ujian saringan COVID-19 secara mingguan bermula Isnin ini, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Katanya, ia adalah sebahagian daripada Strategi Pengujian COVID-19 Kebangsaan (NTS) selain bertujuan untuk mengelakkan penularan kluster pendidikan di sekolah.

“Antara perkara di bawah strategi ini adalah keperluan untuk sekolah rendah, di mana muridnya adalah di bawah usia kelayakan untuk menerima vaksin, perlu menjalani ujian saringan.

“Ujian ini perlu dilaksanakan sekurang-kurangnya pada 10 peratus sampel (murid) daripada populasi murid sekolah secara bergilir-gilir, dan pada sampel yang berbeza setiap minggu,” katanya dalam sidang media perkembangan COVID-19 di sini hari ini.

Khairy berkata ujian saringan berkenaan perlu dilaksanakan kepada murid tanpa mengira sama ada mereka bergejala atau tidak.

Dokumen NTS juga boleh didapati di https://covid-19.moh.gov.my/reopeningsafely/nts sebagai rujukan.

Menurut dokumen berkenaan, saringan perlu dilakukan dengan kit ujian kendiri RTK-Ag dengan pemantauan daripada pihak sekolah.

Dalam perkembangan lain mengenai harga siling vaksin Sinovac di pasaran swasta, Khairy berkata Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), akan menetapkan harga siling bagi vaksin berkenaan dan akan diumumkan minggu hadapan. - Bernama

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

MCMC Rampas 6,916 Peranti Komunikasi Tak Sah, Babit Nilai RM2.06 Juta

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

oleh Wartawan Getaran