web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KPM Keluar Jadual Baharu SPM 2021 

Pendidikan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Nov 2021 5:01PM

Jadual untuk peperiksaan SPM yang dikeluarkan sebelum ini telah mencetuskan ketidakpuasan di kalangan ibu bapa dan pelajar kerana waktu peperiksaan yang padat. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengeluarkan jadual baharu untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 dalam tempoh terdekat.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata langkah itu dilakukan susulan pandangan diterima daripada ibu bapa dan calon peperiksaan berkenaan baru-baru ini.

Katanya, kementerian mengambil serius semua pandangan diberikan dan sudah mengadakan perbincangan bersama Lembaga Peperiksaan (LPM) serta pengurusan tertinggi KPM mengenai perkara terbabit.

“Kita berbincang untuk mengambil tindakan sewajarnya dan menganalisa satu persatu pandangan diberikan itu.

“Insya Allah kita akan keluarkan satu jadual baharu berkaitan dengan peperiksaan SPM 2021 dalam masa terdekat,” katanya hari ini.

Radzi turut mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa dan calon SPM 2021 yang memberikan pandangan mengenai jadual peperiksaan berkenaan.

Beberapa hari lalu, KPM mengeluarkan jadual penuh SPM 2021, namun menimbulkan pertikaian dalam kalangan calon, ibu bapa dan segelintir pemimpin kerana dianggap terlalu padat.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman antara individu yang tampil menggesa KPM membuat perubahan ke atas jadual itu selepas beliau memaklumkan menerima banyak aduan daripada calon mengenai kepadatan waktu peperiksaan ditetapkan, terutama membabitkan mata pelajaran teras bagi tempoh 7 hingga 11 Mac.

Beliau mendakwa perkara itu harus diberi penekanan kerana kegagalan KPM berbuat demikian yang ditambah situasi silibus Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) baharu, tiada peranti semasa pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) dan stres didepani calon sepanjang mengikuti pelajaran dalam tempoh pandemik ini, boleh mengakibatkan mereka semakin tertekan serta berisiko bunuh diri. 

Dalam jadual itu, mata pelajaran ditetapkan pada 7 Mac adalah Bahasa Inggeris Kertas 1, Bahasa Inggeris Kertas 2 dan Tasawwur Islam.

Mata pelajaran teras perlu diduduki calon pada 8 Mac adalah Sejarah Kertas 2 dan Sejarah Kertas 2, manakala keesokannya, mereka akan memasuki dewan peperiksaan bagi Matematik Tambahan Kertas 1 dan Matematik Tambahan Kertas 2.

Pada 10 Mac, mereka perlu menduduki Matematik Kertas 1 serta Matematik Kertas 2 dan keesokannya, calon harus menjawab peperiksaan Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral. - Getaran, 22 November 2021

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 jam yang lalu

‘Rundingan Senyap UMNO-PAS Punca BN ‘Over Confident’ - Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

331 Ditahan, Polis Bongkar Pertaruhan Haram Piala Dunia RM2.62 Juta

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad