web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pelanjutan Sesi Persekolahan Bantu Murid Bersedia Ke Tahun Baharu

Pendidikan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Nov 2021 8:35PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan Kementerian Pendidikan (KPM) melanjutkan sesi persekolahan Penggal 3 bagi tahun 2021/2022 sehingga Mac tahun depan, memberi peluang kepada murid menghabiskan keseluruhan silibus mata pelajar yang mungkin tergendala atau terganggu akibat pandemik COVID-19.

Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru), Mohd Azizee Hasan berkata, keputusan itu juga relevan untuk membolehkan murid melakukan persediaan mencukupi sebelum peperiksaan.

“Cuti beberapa minggu diberikan KPM sebelum pembukaan sekolah bagi tahun 2022/2023 dapat memberi ruang kepada guru untuk lebih bersedia sebelum mengajar.

“Pemberian cuti ini juga boleh meraikan guru yang bertugas untuk peperiksaan, seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM),” katanya ketika dihubungi Getaran.

Semalam, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, mengumumkan sesi persekolahan Penggal 3 bagi tahun 2021/2022 yang dilanjutkan akibat pandemik COVID-19, akan bermula pada 2 Januari hingga 20 Mac 2022.

Tarikh itu adalah bagi sekolah di negeri kumpulan A, iaitu Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Bagi negeri kumpulan B, ia membabitkan Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau-Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, dengan sesi persekolahan yang akan bermula 3 Januari hingga 20 Mac.

Kalendar Akademik Sesi 2022/2023 akan bermula pada 21 Mac 2022 hingga 11 Mac 2023 bagi sekolah di negeri kumpulan A dan pada 21 Mac 2022 hingga 12 Mac 2023 bagi sekolah di negeri kumpulan B.

Cuti akhir Penggal 3 2021/2022 akan bermula 26 Februari hingga 20 Mac 2022, iaitu kira-kira tiga minggu sebelum tahun baharu persekolahan bermula.

Dr Mohamad Ali Hasan
Dr Mohamad Ali Hasan

Mengulas perkara sama, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Datuk Dr Mohamad Ali Hasan berkata, cuti sebelum tahun persekolahan baharu bermula membolehkan murid lebih bersedia daripada segi mental dan fizikal.

Pemberian cuti itu, katanya, diyakini menyediakan murid dengan suasana baharu untuk memulakan tahun atau tingkatan seterusnya, bukannya merasai seperti seolah-olah sesi persekolahan disambung.

“Tempoh cuti diberikan ini juga membolehkan ibu bapa atau penjaga bersedia, mungkin untuk menyediakan keperluan dan peralatan anak, seperti uniform sekolah serta bahan pengajaran.

“Pelanjutan sesi dan cuti ini juga membolehkan mereka lebih bersedia menempuh darjah serta tingkatan dalam fasa endemik,” katanya. - Getaran, 16 November 2021

Sorotan

1

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

2

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

3

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

4

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

5

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

6

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

Disyorkan untuk anda

Semasa 40 minit yang lalu

331 Ditahan, Polis Bongkar Pertaruhan Haram Piala Dunia RM2.62 Juta

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 1 hari yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad