web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kehadiran Kekal Secara Penggiliran Di Sekolah Harian

Pendidikan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Nov 2021 3:28PM

KKM masih mengekalkan kaedah penggiliran bagi semua pelajar sejak sekolah secara bersemuka dibuka mulai 3 Oktober lalu. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kehadiran murid ke sekolah bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) masih mengekalkan kaedah penggiliran dan tidak lagi dilaksanakan secara berperingkat.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan KKM, pihaknya sentiasa memantau dan meneliti keadaan semasa pengoperasian sekolah secara bersemuka sejak dibuka bermula 3 Oktober lalu.

Jurucakap KKM berkata, dapatan daripada pemantauan dan penelitian menunjukkan bahawa pengoperasian sekolah berjalan dengan lancar dan teratur mengikut Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0.

“Setelah mengambil kira dapatan ini dan situasi semasa pandemik COVID-19, KPM memutuskan kehadiran murid pada kali ini tidak dilaksanakan secara berperingkat namun mengekalkan kaedah penggiliran.

“Institusi pendidikan bawah KPM turut merujuk kepada institusi pendidikan swasta yang berdaftar bawah KPM bagi kategori sekolah dan kategori pusat,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, KPM memaklumkan susulan peralihan fasa empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi Kedah maka kemasukan murid tahun satu hingga tahun enam di sekolah rendah dan kelas peralihan serta tingkatan satu hingga tingkatan empat di sekolah menengah adalah pada 21 November ini.

Sementara itu, bagi Perak, Perlis, Pulau Pinang dan Sabah yang turut beralih ke fasa empat, pengoperasian sekolah bermula 22 November.

"Kehadiran murid dalam kumpulan tersebut di sekolah harian adalah mengikut kaedah penggiliran manakala kehadiran murid di sekolah asrama sepenuhnya adalah tanpa penggiliran.

“Perincian mengenai kemasukan murid sekolah asrama sepenuhnya akan dimaklumkan oleh pihak sekolah kepada ibu bapa atau penjaga," katanya. - Getaran, 9 November 2021

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Manifesto PH Senarai 10 Agenda, Pengangguran Antara Perincian Utama - Dr Zaliha

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 minit yang lalu

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Tekad Pertahan Machap, Berdepan Calon Baharu PH

oleh Amirah Abu Bakar