web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kekurangan Guru, KPM Komited Tangani Masalah

Pendidikan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Oct 2021 1:45PM

Antara guru-guru prasekolah di seluruh Melaka yang terlibat dalam Sesi Libat Urus bersama Mohd Radzi Jidin, hari ini. - Gambar dari Facebook Dr Radzi Jidin

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Isu kekurangan guru susulan pengoperasian semula sekolah secara berperingkat sejak 3 Oktober lalu, akan diberikan tumpuan utama, kata Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin. 

Menurut beliau, Kementerian Pendidikan (KPM) memandang serius perkara berkenaan dan akan memastikan struktur asas dalam sektor pendidikan diperkasakan semula.

“Alhamdulillah, hasil perancangan rapi KPM, sektor pendidikan kini bernafas semula dengan bermulanya pengoperasian sekolah secara berperingkat pada 3 Oktober lepas.

“Saya harap semua guru dapat bersama-sama menjadi peneraju merealisasikan setiap perancangan KPM dalam memperkasakan sektor pendidikan menuju fasa endemik COVID-19,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, Mohd Radzi memaklumkan, masalah kekurangan guru akan dapat diselesaikan melalui pengambilan 18,000 guru secara one-off.

Katanya lagi, pengambilan itu juga akan mengisi kekosongan terkini guru di semua sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Berdasarkan data setakat 19 September lalu, terdapat 21,564 kekosongan guru di sekolah KPM di seluruh negara. - Getaran, 31 Oktober 2021.

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Manifesto PH Senarai 10 Agenda, Pengangguran Antara Perincian Utama - Dr Zaliha

oleh Sophia Ahmad

Politik 21 jam yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 20 jam yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar