web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pastikan Keselamatan Pelajar, UMS Bangunkan Sistem Khas

Pendidikan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Oct 2021 2:41PM

Pelajar UMS kembali meneruskan pengajian secara bersemuka bermula 15 hingga 31 Oktober ini. - Gambar dari Facebook UMS

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah mengambil pelbagai langkah bagi memastikan para pelajar yang kembali ke kampus bermula 15 hingga 31 Oktober berada dalam keadaan selamat. 

Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Profesor Datuk Dr Taufiq Yap Yun Hin berkata, antara langkah yang diambil adalah membangunkan sistem aplikasi UMS Shields bagi tujuan pengesanan tahap kesihatan pelajar yang akan tinggal di asrama. 

“Sistem aplikasi yang dibangunkan kumpulan penyelidik dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) dan Pusat Pengurusan Data dan Maklumat (PPDM) ini diguna pakai di kampus induk Kota Kinabalu, Kampus Cawangan Sandakan dan Kampus Antarabangsa Labuan. 

“Sistem aplikasi berasaskan web ini mampu membantu mengenal pasti risiko seseorang berdasarkan gejala dan sejarah pendedahan yang hanya membenarkan individu memasuki dan bekerja di UMS sekiranya berisiko rendah," katanya kepada Getaran.

Dr Taufiq Yap Yun Hin
Dr Taufiq Yap Yun Hin

Menurut beliau, sistem ini juga digunakan bagi memantau gejala harian serta pemantauan kendiri oleh semua pelajar yang kembali dan menetap di asrama kampus.

"Sistem tersebut juga dipantau oleh Pusat Kesiapsagaan dan Tindakan COVID-19 (PKTC) UMS bagi pengesanan awal gejala dan pengasingan pelajar, untuk mencegah penularan wabak yang cepat dalam persekitaran asrama.

"Aplikasi ini juga memiliki satu modul dikenali sebagai UMS Passport yang berfungsi mengesan lokasi seseorang sepanjang berada dalam kampus," katanya.

Taufik memberitahu, sistem ini beroperasi bersama aplikasi Smart Hadir yang dibangunkan untuk membantu pendaftaran kehadiran para pelajar di kelas menggunakan pengimbasan kod QR.

“Dengan pengesanan lokasi individu, modul UMS Passport ini boleh membantu pihak PKTC UMS dalam melakukan pengesanan kontak sekiranya terdapat kes positif di kalangan pelajar dan staf,” ujarnya.

Sejumlah 5,268 pelajar termasuk 13 pelajar dari luar negara telah disenaraikan sebagai pelajar berkeperluan untuk kembali ke kampus, melibatkan 4,847 pelajar di kampus Kota Kinabalu, 219 di Kampus Antarabangsa Labuan dan 202 di kampus Cawangan Sandakan.  - Getaran, 28 Oktober 2021

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Manifesto PH Senarai 10 Agenda, Pengangguran Antara Perincian Utama - Dr Zaliha

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Tekad Pertahan Machap, Berdepan Calon Baharu PH

oleh Amirah Abu Bakar