web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemerkasaan TVET, MQA Tingkat Kerjasama Dengan Badan Luar Negara

Pendidikan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Sep 2021 8:29AM

Dr Mohammad Shatar Sabran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Agenda pemerkasaan Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) menjadi satu daripada inisiatif yang dijalankan secara agresif oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran berkata, MQA giat menjalankan kerjasama dengan badan akreditasi luar negara terutama yang mempunyai pendidikan TVET berkualiti tinggi seperti Jerman. 

Menurut beliau, selaku badan akreditasi pengajian tinggi negara, MQA sentiasa berusaha untuk memastikan dan meningkatkan kualiti TVET di negara ini.

“Inisiatif ini dijalankan bagi memastikan kualiti TVET Malaysia berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan institusi TVET terkemuka dunia.  

“Ia selari dengan hasrat Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, yang mahu menjadikan TVET antara pilihan utama  pelajar untuk menyambung pelajaran,” katanya kepada Getaran.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai hasrat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk memperkasakan TVET supaya kelayakannya sama seperti lulusan akademik yang lain.
 
Mengulas lanjut Mohammad Shatar berkata, kualiti pembelajaran diberikan kepada graduan ketika ini, berada di tahap yang sama tanpa mengira jenis institusi.

"Sama ada universitu atau institusi TVET, mereka menawarkan program berdasarkan keperluan industri serta bidang kebitaraan masing-masing dalam konteks pasaran kerja dan kerjaya yang amat luas.

“Kualiti pendidikan di IPT tempatan sentiasa berada pada tahap yang baik kerana MQA tidak akan sekali-kali berkompromi dalam aspek kualiti terhadap semua IPT termasuklah institusi TVET,” katanya. 

Mohammad Shatar berkata, lulusan TVET terbukti mempunyai peluang cerah dalam pasaran pekerjaan apabila tahap kebolehpasaran graduannya melebihi 90 peratus saban tahun.
 
“Diharap Malaysia mampu meningkatkan imej TVET setanding dengan negara maju, seterusnya menjayakan hasrat menarik minat pelajar antarabangsa mengikuti pengajian di IPT tempatan sama ada dalam bidang TVET atau lain-lain,” katanya. - Getaran, 24 September 2021

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 5 jam yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar