web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Siapa Naib Canselor UiTM?

Pendidikan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Sep 2021 12:19PM

Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polemik pengurusan Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang ‘belayar’ tanpa Naib Canselor selepas jawatan itu dikosongkan sejak Mac lalu masih belum bernoktah sehingga kini.

Meskipun pada 2 Ogos lalu perkara terbabit dianggap selesai apabila Menteri Pengajian Tinggi ketika itu, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad mengumumkan secara rasmi pelantikan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UiTM, Prof Dr Roziah Mohd Janor, keputusan berkenaan ditangguhkan dan kekal tergantung.

Penangguhan itu dilakukan KPT menerusi surat bertarikh 7 Ogos 2021 yang disahkan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Datuk Dr Husaini Omar.

Ia diputuskan sehari selepas Noraini meletakkan jawatannya sebagai Menteri, susulan ketetapan UMNO menarik semula sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri sebelum ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Susulan penangguhan, isu mengenai ketiadaan tampuk tertinggi pengurusan UiTM itu kembali hangat diperdebatkan sehingga pelbagai pihak berkaitan, termasuk kesatuan dan persatuan universiti awam berkenaan menuntut perkara terbabit segera diselesaikan bagi mengelakkan pentadbirannya terjejas secara keseluruhan.

Justeru, selepas Noraini kembali memegang jawatan sebagai Menteri KPT sejak Isnin lalu di bawah pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, beliau diharap memberi khabar gembira berhubung perkara itu dengan menetapkan secepat mungkin, adakah Roziah kekal dipilih atau siapa individu paling layak dilantik sebagai Naib Canselor UiTM.

Pemilihan Roziah sebelum ini dibuat menerusi Jawatankuasa Khas Temuduga Kenaikan Pangkat Naib Canselor UiTM ditubuhkan Noraini dan dipengerusikan Pro Canselornya, Tan Sri Zarinah Sameehah Anwar.

Menerusi temubual Getaran bersama seorang daripada ahli panel jawatankuasa itu baru-baru ini, beliau memaklumkan pemilihan dilakukan melalui proses yang ketat memandangkan Naib Canselor adalah lambang keutuhan dan kewibawaan sesebuah institusi pengajian tinggi (IPT).

Katanya, jawatankuasa itu dianggotai empat tokoh pendidikan berpengalaman luas, termasuk beliau dan seorang pakar bidang bukan Melayu yang mengadakan perbincangan terperinci serta memberikan pandangan secara profesional berhubung 17 calon disenarai pendek untuk dipanggil menghadiri temuduga.

Beliau berkata, banyak aspek diambil kira ketika sesi temuduga bersama calon, antaranya kecemerlangan pentadbiran, pencapaian tinggi antarabangsa, kepimpinan serta pengalaman luas di peringkat luar dan dalam kampus.

“Senarai pendek dibuat kita (jawatankuasa) ini pun mengikut syarat ditetapkan kementerian, sebelum tiga nama, termasuk Prof Dr Roziah diserahkan kepada Menteri untuk beliau menentukan siapa akan dilantik sebagai Naib Canselor,” katanya.

Sekiranya Roziah dilantik menduduki kerusi pengurusan tertinggi itu, beliau mencipta sejarah membanggakan sebagai Naib Canselor wanita pertama UiTM sejak institusi pendidikan tinggi berkenaan ditubuhkan pada tahun 1956.

Persoalannya, apakah Roziah kekal sebagai pilihan atau keputusan sudah berubah arah? - Getaran, 3 September 2021

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad