web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Selesai Guru Tolak Vaksin Dengan Kaunseling, Motivasi - Kesatuan

Pendidikan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Aug 2021 2:01PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Meskipun penolakan vaksin oleh golongan guru hanya dilaporkan berlaku di Johor, perkara itu harus diberi perhatian dan diselesaikan segera kerana membabitkan keselamatan warga sekolah.

Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru), Mohd Azizee Hasan berkata, perkara itu harus diselesaikan menggunakan pendekatan bersesuaian oleh kerajaan, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah.

Menurut beliau, penolakan vaksin berkenaan diyakini berlaku kerana beberapa faktor luaran, antaranya masalah kesihatan, selain terpengaruh dakwaan bahawa suntikan tersebut boleh menyebabkan kematian.

Mohd Azizee Hasan
Mohd Azizee Hasan

“Ada pula antara mereka mempercayai dakyah songsang bahawa vaksin tidak sepatutnya diambil orang Islam, kerana terpengaruh agenda Yahudi yang menjadikan mereka anti vaksin,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Media sebelum ini melaporkan, 779 guru di Johor didakwa menolak menerima suntikan vaksin COVID-19.

Susulan kes, Pengerusi Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Johor, Mazlan Bujang dilaporkan berkata, Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) akan memanggil kesemua guru terbabit untuk memberi penerangan supaya mereka menerima suntikan berkenaan.

Mengulas lanjut Mohd Azizee antara pendekatan boleh diterapkan bagi mendekati kumpulan itu supaya yakin menerima suntikan COVID-19 adalah menerusi kaunseling dan motivasi.

Katanya, sesi taklimat kepada guru secara individu atau kumpulan yang dikendalikan pakar kesihatan juga boleh diadakan bagi memberi kefahaman kepada mereka mengenai kepentingan mengambil imunisasi terbabit.

“Penyertaan agamawan dalam aktiviti atau program kesedaran vaksin juga diyakini mampu membantu golongan menolak imunisasi berkenaan mengetahui fakta berhubung kepentingan suntikan terbabit daripada aspek Islam, seperti kewajipan mengelakkan jangkitan penyakit dan menjaga nyawa.

“Pengambilan vaksin ini bukan sahaja baik untuk kesihatan dan keselamatan diri guru, tetapi juga menghilangkan kebimbangan ibu bapa untuk menghantar anak apabila sekolah dibuka nanti serta memastikan kelangsungan pendidikan,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Semenanjung Malaysia, Wang Heng Suan berkata, pihaknya menyeru guru mendapatkan suntikan COVID-19 demi keselamatan mereka, memandangkan kes dan varian jangkitan itu semakin berbahaya.

NUTP bagaimanapun katanya, berpegang pada pendirian bahawa guru yang masih menolak untuk mengambil imunisasi terbabit tidak sewajarnya dipaksa, memandangkan suntikan itu bukannya diwajibkan dan tiada dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Heng Suan berkata, NUTP yakin guru yang tidak mahu menerima suntikan itu pasti memiliki alasan tersendiri, termasuk disebabkan masalah kesihatan.

Wang Heng Suan
Wang Heng Suan

“NUTP menyeru mereka (guru) memvaksin diri kerana kes semakin ganas, tetapi kita melihat golongan menolak imunisasi COVID-19 ini ada fahaman sendiri dan kebimbangan tertentu.

“Aduan diterima NUTP menyaksikan ada guru mengalami penyakit kronik tidak mahu divaksin kerana trauma melihat keadaan rakan mereka yang mempunyai masalah kesihatan, termasuk tidak dapat diselamatkan selepas menerima imunisasi,” katanya.

Beliau berkata, NUTP menyokong sekiranya JPN dan PPD mengadakan sesi kaunseling untuk memberi penerangan serta pemahaman kepada guru terbabit.

“Kita juga kena faham dalam tempoh lebih setahun berdepan COVID-19 yang buat pertama kali berlaku, pelbagai dakwaan didengar mengenai kesan vaksin. Tekanan kehidupan dihadapi masyarakat akibat pandemik ini juga mencetuskan kebimbangan dalam diri.

“Namun, NUTP sokong jika JPN dan PPD yang mempunyai kaunselor berkelayakan mengadakan sesi kaunseling untuk meningkatkan keyakinan guru ini menerima vaksin. Diharap mereka bersetuju disuntik demi kepentingan bidang pendidikan,” katanya. - Getaran, 24 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 hari yang lalu

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

3

Semasa 3 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Semasa 3 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar