web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Vokal Harmoni Marhaen Mampu ‘Menawan’ Peminat Muzik Tempatan

Memiliki paduan vokal dan harmonisasi yang cukup baik, kumpulan vokal Marhaen cuba ketengahkan nuansa muzik pop yang santai dalam ‘Menawan’.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Aug 2021 5:43PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kemampuan untuk membawakan lagu berunsur Islamik telah pun dibuktikan lima anak muda yang menamakan diri mereka sebagai Marhean, lebih-lebih lagi setelah menjuarai pertandingan UNIC Got Starz Asean yang diadakan pada penghujung 2017.

Namun, keupayaan vokal lima anak muda ini— Hisyam Elharith, 26, Saiful Anwar, 26, Afeeq Ameen, 25, Mohamad Hannan, 27 dan Nor Mohd Shapuan, 26, mampu menjangkau genre muzik yang lebih kontemporari seperti pop dan R&B kerana memiliki paduan vokal dan harmonisasi yang cukup baik sekali. 

Atas dasar itu, Marhaen yang ditubuhkan pada 2017 dan telah bernaung di bawah label Soofi Studio, lebih mahu dikenali sebagai sebuah grup vokal yang membawa mesej positif dengan pendekatan yang lebih santai bahkan bersifat universal agar diterima ramai.

Ini dibuktikan dengan kemunculan single baharu mereka berjudul ‘Menawan’, ciptaan Hisyam Elharith dan lirik oleh Hisyam Elharith bersama Afiq Aminuddin yang telah pun diluncurkan menerusi saluran YouTube Soofi Studio bulan lalu. 

Hisyam Elharith yang turut bertindak sebagai ketua kumpulan Marhaen berkata, ‘Menawan’ adalah suatu percubaan tekad mereka untuk menonjolkan kelainan dari sisi muzik yang berbeza, sekali gus suatu usaha menjadi trendsetter baharu terhadap pembinaan karya yang bersifat kontemporari.

“Sebelum ini, Marhaen tidak pernah memiliki single yang santai, up tempo dan ceria kerana lagu-lagu yang dihasilkan sebelum ini lebih banyak menggunakan minor chord

“Jadi, kami cuba bagi kelainan di dalam ‘Menawan’ dengan menyuntik mesej atau moral yang lebih santai serta melodi yang lebih easy listening dan mudah untuk diulang-ulang di bibir. 

“Inspirasi lagu kali ini ada juga diambil daripada lagu antarabangsa tapi kami cuba ketengahkannya dengan cara sendiri,” katanya. 

Menurut Hisyam Elharith lagi, ‘Menawan’ yang digubah dengan nuansa pop ini cuba mengangkat mesej berkaitan penghargaan terhadap seseorang yang menerima diri kita seadanya.

“Sudah pasti dedikasi ini tidak hanya untuk kekasih malahan mesejnya lebih luas kerana boleh juga ditujukan kepada sahabat, keluarga dan sesiapa sahaja yang dirasakan menawan dalam hidup.

“Kami harap kelainan yang cuba kami persembahkan di dalam ‘Menawan’ ini akan diterima pendengar muzik serta peminat baharu.

“Harapnya peminat akan kekal sokong walaupun dalam musim pandemik dan walaupun Perintah Kawalan Pergerakan menyukarkan kami bergerak untuk mempromosikan Menawan, namun kami tetap cuba untuk menggunakan kaedah lain iaitu promosi secara alam maya,” katanya lagi. 

Jelas Hisyam Elharith lagi, mereka juga sangat komited dalam menghasilkan karya-karya lagu yang lebih berkualiti serta mesej dan moral yang baik untuk diikuti supaya ia akan terus diingat pendengar.

Malah, mereka juga dalam proses menyiapkan beberapa karya lagu baharu yang akan dimuatkan dalam album mini mereka kelak. Sebelum ini, mereka pernah menghasilkan single ‘Terima Kasih’, ‘Menanti’ dan ‘Amalan Ramadan’. 

Single ‘Menawan’ ini juga boleh didapatkan di semua pelantar penstriman muzik digital iaitu Spotify, Joox, Apple Music, YouTube Music, KKBox dan Deezer. - Getaran, 20 Ogos 2021

Gambar: Ihsan Soofi Studio

Sorotan

1

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

2

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

3

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

4

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

5

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

6

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

Disyorkan untuk anda

Muzik 4 jam yang lalu

Tipe-X, Last Child Dan Ruffedge Bakal Gegar Latihan Pestapora Malaysia 2026

oleh Rahayu MN