web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Yung Raja: Biarlah Jimmy Fallon Nak Ejek, Yang Penting ‘Mami’ Berjaya Curi Tumpuan!

Tidak menyangka lagu dan muzik video, ‘Mami’ berjaya mencuri tumpuan pengacara terkemuka di dalam program ‘The Tonight Show’, Yung Raja akui ia adalah suatu perkara yang hebat dan terbaik berlaku dalam hidupnya.

Muzik Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jul 2021 9:05AM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Rapper Yung Raja akui sama sekali tidak marah atau berasa kecil hati dengan apa yang tindakan yang dibuat oleh pengacara terkemuka, Jimmy Fallon yang dilihat seolah-olah seperti memperlekehkan lagu dan muzik videonya yang berjudul ‘Mami’ menerusi program bual bicara ‘The Tonight Show’, malam tadi. 

Sebaliknya, Yung Raja mengakui tidak hampa akan hal tersebut kerana beliau melihat perkara itu dari sudut yang berbeza.  

“Siapa sangka Jimmy Fallon mahu menampilkan lagu dan muzik video saya di dalam program bual bicaranya itu? 

“Sedangkan saya hanyalah seorang budak berketurunan India dari Singapura yang berbahasa Tamil membawakan lagu rap. 

“Dia pula adalah seorang legenda. Siapa yang tidak kenal Jimmy Fallon dan dia punya ramai pengikut dan program bual bicaranya pula mempunyai jumlah tontonan yang ramai. Tapi kenapa dia memilih saya? 

“Pada saya ini adalah perkara yang terbaik berlaku dalam hidup saya dan saya bersyukur kerana lagu dan muzik video saya itu berjaya mencuri tumpuannya,” katanya kepada portal Getaran. 

Sejak program ‘The Tonight Show’ ke udara malam tadi, telefon bimbitnya tidak henti-henti dihujani panggilan daripada keluarga, saudara-mara dan rakan-rakannya. 

“Ada saudara jauh dari luar negara yang menghubungi saya dan segala macam orang. Hingga saya terpaksa mematikan notifikasi dan buat masa ini saya tidak berani melihat telefon bimbit saya. 

“Tapi apa yang penting di sini, saya sendiri tidak menjangkakan semua perkara ini akan berlaku dan saya tidak rasa orang lain juga menjangkakan perkara ini berlaku.

“Saya rasa kejayaan ini bukan untuk saya seorang tapi semua yang telah bekerja keras untuk memacu kerjaya seni saya dan ini juga suatu hadiah buat semua terutama rapper di Asia Tenggara. Ia bukan untuk saya seorang,” katanya dengan nada yang merendah diri walaupun dia mengakui masih lagi berada di awang-awangan. 

Bercakap mengenai kerjaya seninya, Yung Raja berkata, sudah 4 tahun dia menjadi artis rakaman dan dalam tempoh itu, dia bersyukur kerana mempunyai pasukan yang sangat efisyen dengan kerja-kerja mereka.

“Mereka berjaya berhubung dengan orang-orang yang betul dan tepat dalam industri muzik dan mereka juga bijak mencari ruang dan peluang. 

“Saya tidak sangka bahawa kehadiran saya akan diterima. Tapi, saya percaya semua perkara yang berlaku itu adalah bersebab,” katanya.

Yung Raja juga menyimpan impian untuk bekerja dengan komposer India terkemuka, A. R. Rahman jika diberi berpeluang. 

“Saya sangat mengaguminya. Legasi dan hasil kerja muziknya sungguh luar biasa. Dia seorang ikon dan saya banyak mendengar lagu-lagunya. 

“Satu lagi ikon yang saya teringin untuk bekerja bersama adalah aktor Rajnikanth. Tapi saya rasa dia terlalu legenda buat saya. Tapi, siapa tahu, kan? Lihatkan apa yang berlaku dalam program Jimmy Fallon ini. Benda yang tidak disangka-sangka…,” katanya. 

Tentang perkembangan terkini, Yung Raja memberitahu bahawa dia bakal muncul dengan single terbaharunya dalam waktu yang terdekat ini. 

“Saya harap semua akan sabar menunggu. Apa yang boleh saya katakan, single ini nanti adalah sesuatu yang fun untuk semua orang,” katanya lagi. - Getaran, 14 Julai 2021

Semua gambar: Gambar Fail

Berita Berkaitan

1

Singapura 1 minggu yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

2

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Tarif Balas AS: Malaysia Hantar Wakil Cari Jalan Penyelesaian - PM

4

Singapura 1 tahun yang lalu

Singapura Bubar Parlimen Menjelang Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon 23 April

Sorotan

1

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

2

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

3

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

4

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

5

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

6

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

Disyorkan untuk anda

Muzik 4 jam yang lalu

Tipe-X, Last Child Dan Ruffedge Bakal Gegar Latihan Pestapora Malaysia 2026

oleh Rahayu MN